Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang pelanggan baru BH dapat hadiah menarik

Jul 10, 2017 | 05:30 AM



SEMPENA meraikan ulang tahun ke-60 Berita Harian, pembaca akhbar ini berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik menerusi pakej langganan istimewa yang ditawarkan.



Dengan bayaran serendah $18.99 sebulan untuk langganan dua tahun, pembaca Berita Harian/Berita Minggu berpeluang memilih untuk mendapatkan barangan seperti pembersih hampagas pegang tangan bernilai $99 atau dapur aruhan bernilai $109 - kedua-duanya berjenama Philips - atau alat mendengar Halo Headset dengan kemudahan Bluetooth berjenama Jabra bernilai $118.



Edisi langganan 'Semua-Dalam-Satu' merupakan pakej paling menjiimatkan kerana pembaca menikmati bukan sahaja akhbar versi cetak yang dihantar langsung ke rumah, malah dapat edisi digital akhbar ini menerusi tiga wadah lainnya - Komputer Peribadi, Telefon Bijak dan Tablet.



Dengan hanya memuat turun aplikasi atau melungsur langsung laman BH.sg, pembaca akhbar ini berpeluang menikmati segala kandungan dengan mudah dan di mana jua.



Lebih menarik lagi, pembaca dapat menikmati arkib berita tujuh hari di samping menikmati pelbagai sajian video istimewa yang menyorot kisah-kisah menarik yang menyentuh kehidupan masyarakat Melayu dan warga Singapura di dalam dan luar negara.



Tawaran lebih menarik menanti pembaca yang melanggani akhbar ini bagi pakej tiga tahun.



Mereka berpeluang memilih mendapatkan langganan 12 bulan perisian Microsoft Office 365 bernilai $108 atau tablet Lenovo Tab 3 bernilai $159 atau periuk nasi elektrik Philips bernilai $139.



Pembaca juga boleh memilih melanggan Berita Harian untuk versi digital sahaja yang membolehkan mereka menikmati segala kandungan akhbar ini menerusi komputer, telefon bijak dan tablet.



Pakej dua tahun bernilai $19.90 sebulan ini menawarkan pembaca alat mendengar Halo Headset dengan kemudahan Bluetooth berjenama Jabra bernilai $118 dan satu hadiah istimewa bernilai $25.



Kelayakan bagi kesemua pakej ini, antara lain ialah, ia terbuka kepada pelanggan baru.



Pembaca yang hanya melanggan Berita Harian versi cetak sahaja boleh memohon 'upgrade' atau pilihan menikmati pakej 'Semua-Dalam-Satu' untuk menikmati tawaran terbaru.



Bagi menikmati pakej menarik ini, pembaca perlu menghubungi talian 6388-3838 atau melungsuri laman bhsub.sg/bh60.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >