Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang pemandu kereta sewa privet tingkat kemahiran

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



PEMANDU kereta sewa privet kini boleh mempertingkatkan kemahiran mereka menerusi kursus yang akan diperkenalkan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan rakan kongsi lain.



Antara lain, kursus itu juga bertujuan untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada kursus ulang kaji atau refresher course mengenai keselamatan jalan raya dan memandu.



Dalam kenyataannya semalam, NHPVA berkata mereka juga ingin melengkapkan kursus yang ditawarkan ini dengan kursus lain yang dapat membantu pemandu meneroka peluang perniagaan lain demi mengekalkan pendapatan mereka.



Memulakan siri kursus latihan ini, NHPVA dan Gerakan Berbudi Singapura (SKM) akan merintis Daya Usaha Pemandu Selamat dan Baik Budi.



Dibangunkan oleh NTUC Learning Hub, daya usaha ini bertujuan mengingatkan pemandu kenderaan dengan keperluan memandu dengan selamat.



Ia disokong oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik serta syarikat seperti Ryde Technologies dan TADA Singapore.



Antara topik latihan utama yang akan diketengahkan termasuk memandu dalam cuaca buruk dan membantu penumpang berkerusi roda.



Sekitar 8,000 dijangka akan mendapat manfaat dari latihan rintis ini, menurut NHPVA lagi, sambil menambah kursus yang ditawarkan akan dikendalikan dalam talian dan bersifat bermodul agar dapat menampung jadual pemandu PHV.



NHPVA turut menggalak pemandu PHV yang belum menjadi ahli untuk menyertai mereka untuk layak mengikuti kursus latihan ini secara percuma.



Melangkah ke hadapan, ia juga akan terus bekerjasama dengan NTUC Learning Hub untuk menawarkan lebih dari 60 kursus dalam talian percuma yang juga merangkumi asas perniagaan, pemasaran digital, komunikasi, dan pengembangan peribadi, termasuk ketahanan emosi dan kesejahteraan mental.



Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, yang juga penasihat NPHVA berkata:



"Selepas mengenal pasti kesan pandemik Covid-19 terhadap pemandu PHV kita, NHPVA telah memberikan sokongan kewangan dan kebajikan yang lebih besar untuk membantu mereka mengatasi tempoh yang sukar ini.



"Setiap bantuan sangat diperlukan, dan kami berharap anggota pemandu kami dapat memanfaatkan latihan yang disediakan untuk meningkatkan diri agar sentiasa kekal relevan dan terus berdaya tahan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >