Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang rakyat SG sumbang idea rancakkan seni negara

Dec 09, 2022 | 04:19 PM



WARGA Singapura boleh belajar lebih lanjut tentang pelan negara ini merancakkan lagi sektor seni bagi lima tahun seterusnya melalui satu laman baru yang dilancarkan hari ini (9 Dis).





Laman itu, go.gov.sg/NAC-TAP, mengandungi draf The Arts Plan (TAP) yang boleh dimuat turun, dengan orang ramai boleh menyumbang idea dan berkongsi maklum balas.


Ini akan membolehkan warga Singapura mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana TAP mahu mengembangkan sektor seni Singapura dan berkongsi maklum balas mengenai pelbagai peranan yang boleh dimainkan seni, nilainya dalam masyarakat, dan cara seni boleh menghubungkan dan memupuk rasa Singapura yang lebih kukuh.


Maklum balas yang diterima kemudian akan dimanfaatkan untuk memperhalusi pelan seni lima tahun Our SG Arts Plan (2023 – 2027) menjadi sesuatu yang mendorong keterangkuman, kerancakan dan menawarkan lebih banyak peluang untuk artis, pengamal budaya, dan industri yang serupa.


Pelancaran laman itu turut memulakan siri pendekatan awam, yang diterajui satu pameran bergerak awam bertajuk Growing Home: A showcase about The Arts Plan and You yang akan dilancarkan di The Arts House pada 6 Januari depan.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAC, Cik Rosa Daniel, berkata pameran bergerak itu akan memperkenalkan warga Singapura kepada kemungkinan masa depan dalam persada seni Singapura dalam lima tahun akan datang.


“Dengan edisi Arts Plan seterusnya dari 2023 hingga 2027, kami berharap orang awam boleh terlibat dalam seni dan NAC boleh mengumpulkan maklum balas dalam mewujudkan sebuah ekosistem seni bertenaga yang meraikan kepelbagaian kita, menyokong pertumbuhan mampan sektor, dan memupuk bakat kreatif orang kita,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >