Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang saksi tayangan perlawanan terpilih EPL pada harga lebih rendah

Aug 12, 2016 | 08:46 AM



TIDAK sanggup membayar hampir $60 sebulan untuk menonton Liga Perdana Inggeris (EPL) - yang bermula pada Sabtu (13 Ogos) - di televisyen?



Peminat EPL kini boleh melanggan pakej lebih kecil yang menawarkan pilihan perlawanan bola sepak pada harga $19.90 sebulan merentasi pelbagai platform.



Syarikat telekomunikasi M1 dan StarHub dan penyiar Mediacorp serta platform dalam taliannya, Toggle, telah bekerjasama untuk menawarkan pakej itu, yang menayangkan perlawanan utama secara langsung melalui Internet.



Ini kali pertama kandungan EPL boleh didapati secara 'a la carte' , tidak seperti musim-musim lalu apabila peminat bola sepak terpaksa mengeluarkan wang bagi pakej lengkap yang menawarkan semua perlawanan secara langsung.



Singtel, yang memegang hak eksklusif bagi perlawanan EPL di Singapura, menjual semula hak bagi perlawanan utama kepada Eleven Sports Network dalam satu perjanjian yang diumum pada Jun.



M1, StarHub dan Toggle sedang menjual semula kandungan yang dibeli oleh Eleven itu.



Pakej EPL lengkap yang menyediakan semua perlawanan secara langsung boleh didapati hanya daripada Singtel, dan berharga $59.90 sebulan.



Penonton menggunakan kotak set TV berbayar StarHub boleh melanggan pakej EPL Singtel itu dan meminta ia disiar melalui StarHub, sebagaimana dimandatkan oleh Penguasa Pembangunan Media (MDA) Singapura.



Pakej lebih kecil Eleven itu menawarkan tiga perlawanan langsung dan tiga siaran tertunda berbeza setiap minggu, di laman webnya di elevensports.sg atau melalui aplikasi Eleven Sports, yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store.



Peminat boleh membayar Eleven $19.90 sebulan secara langsung.



Syarikat telekomunikasi menyertakan beberapa tawaran bagi pakej Eleven itu untuk membuatnya lebih menarik.



Namun, peminat tidak boleh memilih perlawanan yang mereka mahu tonton kerana ia dipilih oleh Eleven sendiri.



Senarai perlawanan enam minggu pertama yang akan ditayang telah ditetapkan, melibatkan kelab terkemuka seperti Liverpool, Manchester United dan Arsenal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >