Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang saksikan artifak Rasulullah saw lagi

Apr 08, 2018 | 07:40 PM



PAMERAN artifak Rasullah saw anjuran Jamiyah Singapura kembali lagi tahun ini, dengan menampilkan lebih banyak artifak dan program bagi pengunjung pelbagai usia.



Malah, pameran itu bukan sahaja akan memaparkan artifak Rasulullah saw tetapi juga para sahabat ra.



Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Jamiyah berkata pameran itu akan diadakan sebagai sebahagian pameran The Grand Wedding Expo & The Muslim World anjuran Orange Events & Media di Dewan 4B, Singapore Expo, dari Khamis hingga Ahad ini.



Antara artifak itu termasuk capal, darah bekam, bekas air zam zam, panah, janggut, rambut, cop mohor, serban, tongkat Rasulullah saw serta pedang kepunyaan para sahabat ra termasuk Khalid Al-Walid ra, Saidina Muaz Jabal ra dan Saidina Hussin ra.



Selain pameran artifak itu, orang ramai juga boleh menjangkakan pelbagai acara termasuk pertandingan tahfiz cilik dan muaz cilik serta pertandingan haflah.



Malah, orang ramai juga boleh menyaksikan laporan lintas langsung acara pentas menerusi Facebook antara 7.30 dengan 10.30 malam Sabtu ini.



Pameran itu akan dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, Khamis ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >