Peluang sektor guaman setempat terbuka luas
Shanmugam: Pelaburan besar dalam prasarana serta penyusunan semula hutang di rantau ini akan dorong permintaan bagi khidmat profesional, termasuk guaman
Jun 12, 2019 | 05:30 AM
PERTUMBUHAN ekonomi Asia yang dijangka terus meningkat pada masa depan, serta keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang di Singapura, menawarkan peluang yang besar kepada sektor guaman setempat.
Ini dinyatakan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam semalam.