Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang syarikat permulaan ubah sektor media melalui program pemecut SPH

Jan 27, 2016 | 09:55 AM



PROGRAM pemecut Plug and Play Singapore Press Holdings (SPH) sedang mencari kumpulan kedua syarikat permulaan dari Singapura dan rantau ini.


Plug and Play adalah usaha sama antara SPH, pemecut global Plug and Play berpangkalan di Silicon Valley dan Infocomm Investments (IIPL), anak syarikat modal teroka Penguasa Pembangunan Infokom Singapura.


Ditubuhkan tahun lalu, program itu disokong oleh rangkaian serta pengetahuan industri dan sumber tiga rakan gabungan itu


Ia bertujuan membantu syarikat permulaan dengan idea teknologi inovatif yang boleh mengubah dan merevolusikan industri media.


Setiap sayrikat yang berjaya memulakan perniagaan layak mendapat pembiayaan awal $30,000 serta faedah dan perkhidmatan seperti pengehosan awan, dan sokongan analisis serta video bernilai sehingga $200,000.


Mereka juga akan menerima pembiayaan ruang pejabat selama tiga bulan di BASH (79 Ayer Rajah Crescent).


Sehingga 10 syarikat permulaan akan dipilih untuk program mendalam tiga bulan, di mana mereka boleh mendapatkan pengetahuan domain dan industri mendalam melalui pihak berkepentingan dan harta benda SPH.


Mereka juga akan mendapat peluang pembangunan perniagaan dan perkongsian melalui rakan serantau SPH, serta akses pasaran di Amerika Syarikat dan Eropah melalui pejabat Plug And Play dan IIPL di seluruh dunia.


Program pertama Plug And Play SPH berlangsung dari April hingga Oktober tahun lalu dan menarik lebih 280 pemohon daripada lebih 10 negara.


Ketua Plug and Play SPH, Encik Rudy Lim, berkata: "SPH mengemukakan sumber yang kaya dengan rangkaian, kepakaran domain dan aset media, yang boleh dijadikan sebagai bahan utama bagi syarikat permulaan media mempercepat pertumbuhan mereka.


"Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat permulaan inovasi dalam ruang media untuk datang dan bercakap dengan kami."


Permohonan ditutup pada 22 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >