Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Peluang terbuka bagi golongan bertudung yang minat jadi jururawat

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG kerjayanya selama 16 tahun dalam sektor penjagaan kesihatan, Cik Sujinah Mohamad Suandi sedar bahawa faktor seragam merupakan salah satu pertimbangan bagi wanita Muslim yang ingin menceburi bidang tersebut.



Justeru, beliau berharap dengan perubahan dasar yang membolehkan jururawat wanita Muslim untuk memakai tudung dengan seragam mereka, lebih ramai yang terdorong untuk membina kerjaya dalam bidang tersebut.



Pada masa yang sama, Cik Sujinah yang bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pesakit Kanan di Hospital Khoo Teck Puat, menekankan bahawa khidmat penjagaan kesihatan profesional yang diberikan pekerja sektor itu langsung tidak bergantung kepada cara pemakaian mereka.



"Saya harap perubahan ini dapat memberi peluang kepada wanita yang sebelum ini ingin menceburi bidang penjagaan kesihatan tetapi terhalang oleh peraturan yang ditetapkan pada masa itu (berkaitan seragam).



"Namun, pemakaian tudung ini juga pilihan peribadi seseorang dan tidak seharusnya ada sebarang tekanan dari mana-mana pihak dan mereka yang tidak mengenakannya juga tidak seharusnya dihakimi," ujarnya.



Meskipun tidak bertudung buat masa kini, Cik Sujinah berkata beliau menghargai perubahan tersebut kerana ia memudahkan rakan-rakan sekerjanya yang ingin memakai tudung semasa bertugas.



"Pada masa akan datang, jika saya memutuskan untuk memakai tudung, saya rasa lega memikirkan saya kini boleh memilih untuk melakukan demikian," katanya.



Menyentuh tentang hubungan pekerja dengan pesakit, Cik Sujinah yakin bahawa ia tidak akan berubah.



Katanya: "Untuk bekerja dalam sektor ini, kita perlu bersikap profesional, tidak kira dalam apa jua keadaan dan berikan yang terbaik.



"Jadi saya tak rasa perubahan ini akan menjejas hubungan pekerja dan pesakit, dan pesakit juga faham."



Beliau turut melahirkan keyakinannya bahawa kakitangan sektor tersebut akan terus memberikan sokongan antara satu sama lain dalam apa jua situasi yang dilalui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >