ORANG ramai boleh meninjau Laluan Downtown 2 (DTL2) pada 5 Disember, menjelang pembukaan rasminya pada akhir bulan itu.
Mereka dapat menaiki kereta api keseluruhan laluan tersebut secara percuma dari 10 pagi hingga 6 petang hari itu dan melihat susun atur stesen dan kemudahan berhampiran 12 stesen barunya.
Laluan sepanjang 16.6 kilometer itu, yang akan dibuka secara rasmi pada 27 Disember, melalui kawasan seperti Hillview, Beauty World, King Albert Park, Little India dan Rochor, sebelum sambung ke enam stesen DTL1, yang dibuka pada 2013.
Semasa rumah terbuka pada 5 Disember itu, permainan dan kegiatan akan juga diadakan di enam stesen - Rochor, Little India, Newton, Botanic Gardens, Beauty World dan Bukit Panjang.
Bagi menarik lebih banyak penumpang merasai stesen DTL2 baru, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menawarkan perjalanan percuma di keseluruhan Laluan Downtown (DTL) dari 27 Disember hingga Jan 1 depan.
The DTL dikendalikan oleh SBS Transit.
Pembukaan DTL2 pada 27 Disember juga bertepatan dengan hari tambang bas dan kereta api dikurangkan.