Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang warga muda manfaat nasihat guaman percuma

Persatuan Guaman, CDC, universiti setempat ganding bahu hulur khidmat klinik guaman dalam talian
Sep 29, 2020 | 05:30 AM



WARGA muda boleh memahami lebih baik mengenai hak guaman mereka dan mendapatkan bantuan nasihat guaman di bawah skim perintis baru yang diumumkan semalam.



Klinik Masyarakat dan Guaman Belia (YCLC) akan menyatukan sukarelawan peguam muda dan pelajar undang-undang untuk menyediakan khidmat perundingan guaman dalam talian secara percuma kepada golongan belia yang memerlukan.



Klinik itu, yang dijangka dilancarkan dalam bulan-bulan mendatang, akan ditadbir oleh Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman, dengan sokongan lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan tiga institusi pengajian tinggi - Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Belia yang menerima khidmat guaman ini boleh juga menggunakan rangkaian dan sumber CDC bagi bantuan sosial sekiranya perlu.



Inisiatif itu diumumkan secara maya oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Kedua bagi Undang-Undang Edwin Tong semalam.



Pengerusi Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman Gregory Vijayendran berkata belia lebih cenderung menerima nasihat daripada rakan sebaya yang lebih dekat pada usia dan dari generasi yang sama.



Peguam muda dan pelajar undang-undang juga akan lebih bersikap empati terhadap keperluan dan aspirasi belia, dan berhubung lebih baik dengan mereka dan mempercayai mereka.



"Kami berharap klinik perintis itu dapat membantu para belia mengharungi cabaran yang berpotensi mempengaruhi kesihatan mental, psiko-sosial dan kewangan, hubungan dan keluarga mereka secara holistik dan bersepadu," katanya.



Encik Tong juga mengumumkan pembaharuan dua Memorandum Persefahaman (MOU).



Salah satu daripadanya adalah antara CDC dan Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman bagi Rangkaian Khidmat Pro Bono Guaman Masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan nasihat guaman percuma.



Satu lagi merupakan MOU antara CDC, Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman, NUS, SMU, SUSS dan Persatuan Peguam Korporat Singapura (SCCA) untuk menetapkan komitmen mereka menyediakan khidmat pro bono kepada masyarakat dan menganjurkan acara tahunan Minggu Kesedaran Undang-Undang@CDC (LAW@CDC).



Semalam, satu sesi perbincangan juga diadakan sebagai sebahagian pelancaran LAW@CDC 2020, yang membawa tema, The Law And Me: Stronger Together.



Encik Tong dan Encik Vijayendran dan lima mayor CDC termasuk Cik Low Yen Ling (South West), Cik Denise Phua (Central Singapore), Encik Desmond Choo (North East), Encik Alex Yam (North West), dan Encik Mohd Fahmi Aliman (South East) menyertai sesi perbincangan itu. Turut serta ialah beberapa peguam pro bono dan pelajar undang-undang.



Mereka membicarakan topik seperti pekerjaan, penceraian, perancangan undang-undang awal serta topik baru yang tidak dibincang sebelumnya - keganasan keluarga, perniagaan kecil yang menghadapi krisis dan berurusan dengan pemiutang, pekerja bebas menghadapi krisis, bekerja dari rumah, dan masalah tuan tanah dan penyewaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >