Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluasan lorong jalan kaki di Havelock Road akan dikekalkan: LTA

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



PELUASAN lorong jalan kaki antara 715 dan 745 Havelock Road akan dikekalkan selepas selesainya tempoh percubaan selama enam bulan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Percubaan itu, yang mula Mac lalu, menyaksikan 13 ruang tempat letak kenderaan di tepi jalan sepanjang barisan rumah kedai ditukar menjadi lorong jalan kaki yang diperluas menggunakan hadangan mengandungi air.



Kerja bagi peluasan tetap itu akan bermula bulan ini dan dijangka selesai pada suku pertama 2022.



Tanjakan untuk akses lebih mudah bagi pengguna berkerusi roda dan mereka yang membawa barangan besar juga akan dibina di sepanjang lorong jalan kaki itu.



LTA sebelum ini berkata lorong jalan kaki yang sempit di depan rumah kedai itu ada kalanya tidak dapat menampung trafik pejalan kaki, terutamanya semasa waktu sibuk.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Amy Khor berkata perubahan itu akan memberi manfaat kepada semua yang menggunakan lorong jalan kaki di situ.



"Sebagai contoh, pemilik rumah kedai akan meraih manfaat daripada pelanggan mereka yang menikmati pengalaman yang lebih baik ketika mereka membuat perjalanan ke rumah kedai itu. Penduduk juga boleh menikmati pengalaman berjalan yang lebih selamat dan lebih baik," kata beliau di Facebook semalam.



Beliau menambah LTA sudah mengambil maklum balas daripada pihak kepentingan, yang sebahagian besarnya telah menyokong keputusan untuk memperluaskan lorong jalan kaki secara tetap.



Julai lalu, LTA juga mengumumkan perubahan tetap akan dilaksanakan di Kampung Admiralty setelah percubaan selama enam bulan dimulakan sejak Februari lalu.



Lorong sepanjang Woodlands Ring Road antara Woodlands Drive 71 dan Woodlands Drive 61, yang ditukar menjadi laluan bagi pejalan kaki dan penunggang basikal untuk percubaan itu telah dikekalkan.



LTA berkata ini akan memastikan penduduk yang tinggal berdekatan dan pelajar daripada sekolah berhampiran, seperti Sekolah Woodlands Gardens Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds), akan mempunyai lebih ruang untuk berjalan dan berbasikal.



Ia juga akan menjadikan Kampung Admiralty dan stesen MRT Admiralty lebih mudah diakses pejalan kaki.



Kerja-kerja yang sedang dijalankan itu dijangka selesai sekitar Ogos 2022.



Dua projek tersebut adalah antara 60 projek penyusunan semula yang sedang diterokai di seluruh pulau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >