Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelungsur udara warga Singapura meninggal dunia dalam kemalangan di India

Oct 24, 2018 | 02:55 PM



SEORANG warga Singapura meninggal dunia dalam nahas lungsur udara di India, kurang sebulan selepas beliau membantu menyelamatkan mangsa gempa bumi di wilayah Sulawesi Tengah di Indonesia.



Encik Ng Kok Choong, 53 tahun, ditemui mati semalam (23 Oktober) sehari selepas beliau dilaporkan hilang.



Menurut obituari yang disiarkan di laman Perseketuan Sukan Udara Singapura, Encik Ng telah bertolak dengan peralatan lungsur udaranya sekitar 11 pagi kelmarin di Bir Billing di Himachal Pradesh, apabila cuaca menjadi buruk.



Beliau tidak pulang ke hotelnya selepas penerbangan itu.



Pihak berkuasa India kemudian menemui mayat beliau semalam menggunakan helikopter, kata perseketuan itu.



Perseketuan Sukan Udara menambah: "Beliau tidak mementingkan diri, berani dan sentiasa menanti cabaran seterusnya... Datang dari latar belakang komando semasa menjalani perkhidmatan negara, sikap sentiasa bolehnya amat dihargai dan disanjung rakan-rakannya."



Menurut laman berita India, Hindustan Times, seorang pegawai India berkata Encik Ng mungkin hilang kawalan disebabkan angin kencang dan terhempas di gunung.



Menurut satu lagi akhbar India, The Tribune, mayat Encik Ng ditemui di kawasan berbukit di daerah Utrala di kawasan Baijnath.



Laporan itu menambah yang Encik Ng berada di Bir Billing untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia Lungsur Udara yang akan bermula Sabtu ini.



Encik Ng, seorang pesara ejen hartanah, berada di Palu, Indonesia bulan lalu bagi satu pertandingan lungsur udara.



Beliau membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dan ibunya yang terperangkap di bawah runtuhan selepas kawasan itu dilanda gempa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >