SISTEM pemadam kebakaran menggunakan kabus berair akan dipasang di terowong Ekspreswe Central (CTE) dan Ekspreswe Kallang Paya Lebar (KPE) menjelang 2022 sebagai langkah keselamatan tambahan melindungi pemandu.
Semasa menjawab soalan akhbar The Straits Times, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ini bagi memastikan langkah keselamatan kebakaran bagi dua ekspreswe itu dikemas kini sejajar dengan piawaian antarabangsa terbaru.