Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemadanan tol S'pura-M'sia berdasarkan perjanjian lama

Sep 09, 2014 | 06:06 PM



DASAR pemerintah memadankan kadar tol yang dikenakan kerajaan Malaysia bagi laluan Tambak Johor dan Linkedua adalah berdasarkan "satu perjanjian lama", kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Josephine Teo di parlimen awal petang tadi.


Kata Cik Teo memberitahu Parlimen: "Ia mencerminkan corak perkongsian di kedua-dua laluan sempadan, dan memastikan pengagihan seimbang jumlah pendapatan daripada laluan sempadan itu".


Tambah beliau, jika tidak ada dasar seumpama itu, "kadar tol yang rendah oleh satu pihak akan diimbangi oleh tol lebih tinggi oleh pihak sebelah sana.


"Tidak ada jaminan bahawa kadar tol yang dipastikan oleh satu pihak akan diterjemahkan kepada jumlah kadar tol lebih rendah yang akan memberi manfaat kepada pemandu," tambahnya.


Cik Teo berkata demikian di Parlimen sebagai menjawab soalan Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) tentang sama ada pemerintah bercadang menyemak dasarnya dalam memadankan kadar tol oleh Malaysia pada masa depan.


Menurutnya, Singapura tidak lama lagi akan memadankan semakan terbaru tol yang dibuat pihak Malaysia dan berkuatkuasa 1 Ogos lalu.


Encik Singh juga bertanyakan sama ada kajian telah dibuat untuk menilai kesan pelaksanaan kadar tol lebih tinggi terhadap perniagaan Singapura yang beroperasi di wilayah Iskandar.


Menurut Cik Teo, pemerintah "punya maklumat terhad tentang struktur kos dan keadaan pasaran perniagaan Singapura yang beroperasi di zon Iskandar di Johor," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >