Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemain bowling negara gemar ceongsam bercorak bunga

Feb 16, 2018 | 05:30 AM



BELIAU jarang melihat teman sebayanya yang berbangsa Cina memakai ceongsam meskipun semasa Tahun Baru Cina.



Namun bagi Cik Jasmine Yeong-Nathan, 29 tahun, beliau tetap merupakan peminat tegar pakaian tradisional Cina itu sejak beliau kecil lagi.



Anak Singapura kacukan Cina-India itu berkata ibunya, Cik Veronica Yeong, amat menitik beratkan tradisi dan telah membiasakannya memakai pakaian tradisional - baik pakaian tradisional Cina mahupun India - sejak beliau kecil lagi.



"Saya membesar dengannya dan suka memakainya. Antara lain, saya suka ceongsam kerana reka bentuknya yang klasik dan unik.



"Selain semasa Tahun Baru Cina, saya juga memakai ceongsam untuk ke jamuan perkahwinan dan jamuan kerja," kata pakar runding pengurusan itu yang juga pemain bowling negara.



Kalau dahulu ibunya yang membelikannya ceongsam, Cik Jasmine berkata beliau membeli ceongsam sendiri selepas beliau mula bekerja beberapa tahun lalu.



Kini, beliau mempunyai enam ceongsam dalam koleksinya - termasuk ceongsam yang lebih formal dan panjang untuk majlis jamuan malam.



Tambahnya, beliau membeli ceongsam itu menerusi kedai di dalam talian dan semasa berkunjung ke Shanghai, China, beberapa tahun lalu.



Namun, ceongsam yang paling beliau gemari merupakan ceongsam bercorak bunga yang berwarna biru dan putih. Beliau membelinya di sebuah butik di Shanghai tiga tahun lalu.



"ceongsam yang tradisional biasanya berwarna merah, tapi yang ini berwarna biru dan putih.



"Saya sukakannya kerana kombinasi warnanya yang membuatnya kelihatan unik," kata Cik Jasmine yang lebih suka memakai ceongsam berbanding pakaian moden yang lain pada hari pertama Tahun Baru Cina.



Meskipun beliau lebih suka ceongsam yang berbentuk tradisional, beliau menyambut baik usaha sesetengah pereka fesyen yang menyuntik elemen moden dalam reka bentuk ceongsam yang dihasilkan mereka.



"Bagi saya, kalau ceongsam itu diubah sehingga terlampau moden, saya bimbang nanti akan hilang pula serinya.



"Namun saya akur usaha ini juga penting dan diperlukan bagi menarik dan menggalak golongan muda, khususnya di kalangan masyarakat Cina, memakai dan mencintai pakaian tradisional mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >