Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA EMAS RAJA-RAJA

Pemain NFL perkuat skuad Melayu S'pura

Sep 24, 2018 | 05:30 AM



MEREKA bakal mewakili Singapura dalam satu kejohanan bola sepak penuh bersejarah dan berprestij di seberang tambak.

 



Namun barisan pemain yang dipilih bukanlah nama yang sering disebut-sebut dalam arena bola sepak setempat.



Bagaimanapun, bakat dan kemampuan mereka tidak dapat dipertikaikan dan semangat mereka untuk mengharumkan nama negara jelas dapat dirasakan.



Oleh itu, apabila namanya tersenarai dalam skuad pasukan pilihan Singapura bagi kejohanan Piala Emas Raja-Raja tahun ini, pemain kelab Yishun Sentek Mariners FC dari Liga Bola Sepak Nasional (NFL), Zulkiffli Hassim, berasa amat terharu dan berbangga.



"Ia merupakan satu pengiktirafan besar untuk diberi kesempatan mewakili Singapura dalam kejohanan besar dan antara yang paling lama di rantau ini.



"Walaupun ini bukanlah skuad kebangsaan utama, namun kami tetap berasa bangga dan teruja dapat menyarung jersi negara dan kami akan melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini," kata Zulkiffli, 33 tahun, yang pernah beraksi dalam Liga-S bersama Balestier Khalsa sebelum ini.



Buat julung kalinya, skuad pilihan Singapura yang dibentuk Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan tampil di kejohanan yang dianjur Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) ini - menggantikan pasukan Tim Bola Sepak Melayu Singapura (SMFT) yang menjadi wakil Singapura tahun lalu.



Sebelum itu, pasukan di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Melayu Singapura (PBMS) telah beraksi dalam Piala Emas Raja-Raja.



FAS telah mengumumkan senarai seramai 26 pemain dari enam pasukan NFL serta enam pemain bawah 21 tahun, yang akan ke Kuala Lumpur.



Ini selaras dengan inisiatif FAS dalam memberi peluang kepada pemain NFL bersaing di peringkat yang lebih tinggi di luar liga amatur tempatan.



Pengerusi pasukan pilihan Singapura, Muhammad Zaki Ma'arof, menyatakan bahawa pasukan ini telah terdiri daripada beberapa pemain terbaik NFL, termasuk penjaring terbanyak liga, Zulkiffli yang telah menjaringkan 17 gol sejauh ini.



"Pemilihan pasukan ini menunjukkan bahawa kami memandang serius pertandingan ini.



"Ramai di antara mereka merupakan pemain berpengalaman dalam arena bola sepak tempatan, sementara penambahan pemain Young Lions akan menyuntik tenaga belia dan memberikan keseimbangan dalam pasukan.



"Piala Emas Raja-Raja ini merupakan satu kejohanan yang amat kompetitif dan ia menyediakan platform untuk pemain NFL kami menyinar dan tunjukkan bakat mereka.



"Ia juga menyediakan pemain amatur kami peluang untuk dikesan (scouted)," kata Zaki yang juga merupakan pengerusi kelab NFL Divisyen 2, Kaki Bukit SC.



Pasukan itu akan dipimpin bekas kapten Singapura, Nazri Nasir selaku ketua jurulatih dan beliau didampingi bekas rakan sepasukannya, Noh Rahman sebagai pembantu jurulatih. Mereka akan dibantu oleh pengurus pasukan, Harman Ali dari kelab divisyen dua, GFA Victoria.



Nazri diserahkan tugas mempersiapkan pasukan pilihan Singapura yang mampu memberi saingan hebat dalam kejohanan yang berlangsung dari 25 September hingga 20 Oktober nanti.



"Nazri pernah mewakili Singapura dalam kejohanan ini sebelum ini, apabila pasukan negara berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pada 2009.



"Justeru, beliau merupakan calon terbaik untuk membimbing pasukan ini," ujar Zaki lagi.



Singapura bakal berentap dengan pasukan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) and Penjara FC di Kumpulan D.



Memasuki edisi ke-78 tahun ini, Piala Emas Raja-Raja antara kejohanan bersejarah dan paling lama di rantau ini.



Pasukan Melayu Singapura - yang secara tradisi diwakili skuad yang dikendalikan PBMS - mempunyai sejarah membanggakan dalam kejohanan ini dan pernah muncul juara sebanyak 12 kali, kali terakhir pada 1983.



Antara pemain dalam skuad juara itu ialah Tohari Paijan, Malek Awab, Sudiat Dali, Razali Rashid, Norhalis Shafik, Sharom Mokhtar dan Sunario Zakaria.




SENARAI PEMAIN:



Fairol Abdullah (GFA Victoria FC)



Siddiq Durimi (GFA Victoria FC)



Prakash Raj (Young Lions)



Akhbar Ali Shah (Warwick Knights FC)



Nur Asyidiq Sukarto (Yishun Sentek)



Samuel Benjamin s/o Nadarajah (GFA Sporting Westlake)



Nazhiim Harman (Young Lions)



Syed Amirul Haziq (Yishun Sentek)



Irfan Asyraf Aziz (Young Lions)



Hafiz Osman (Warwick Knights FC)



Nur Ridho Jafri (Yishun Sentek)



Zulkiffli Hassim (Yishun Sentek)



Nur Na'iim Ishak (Yishun Sentek)



Fazli Jaffar (Yishun Sentek)



Nashrul Amin Sanusi (Bukit Timah Juniors)



Rusyaidi Salime (Young Lions)



Amirul Hakim (Young Lions)



Asshukrie Wahid (Young Lions)



Syed Firdaus Hassan (Young Lions)



Nor Azli Yusoff (tidak diwakili)



Yusiskandar Yusop (GFA Victoria FC)



Ifwat Ismail (Young Lions)



Amirul Walid (Jungfrau Punggol FC)



Nur Hidayat Juhari (GFA Sporting Westlake)



Sharul Nizam Anwar (Young Lions)



Danial Syafiq (Young Lions)




JADUAL PERLAWANAN



1) 25 September: Penjara FC lwn Pilihan Singapura



2) 26 September: ATM lwn Pilihan Singapura



3) 28 September: Selangor lwn Pilihan Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >