Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemaju mungkin ada peranan dalam pembangunan flat lama bagi Vers

Namun Lawrence Wong tekankan keutamaan pemerintah sediakan rumah yang dimampui dan bermutu bagi warga
Sep 11, 2018 | 05:30 AM



PEMAJU privet mungkin mempunyai peranan dalam membangunkan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang semakin tua, sedang pemerintah mengkaji cara terbaik melaksanakan skim baru bagi rumah sedemikian.



Menjelaskan di Parlimen semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, berkata beliau tidak menolak kemungkinan peranan pemaju privet dalam Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (Vers).



Menurut Encik Wong, pemerintah akan mengkaji dengan teliti saranan melibatkan pemaju privet dalam skim tersebut.



Awal dari itu, Cik Cheryl Chan (Fengshan) telah bertanya sama ada pemaju privet akan memiliki peranan dalam skim itu.



Vers telah diumumkan semasa Rapat Hari Kebangsaan pada bulan lalu, untuk menyegarkan dan membangunkan semula flat lama secara bertahap-tahap bagi tempoh 20 hingga 30 tahun.



Ia akan dilaksanakan dalam masa dua dekad, apabila flat pertama mencecah sekitar usia 70 tahun.



Encik Wong berkata: "Malah bagi Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers) hari ini, kami sudah buat masa ke masa, menyuntik pembangunan privet dalam proses pembangunan semula.



"Jadi bagi Vers, saya tidak menolak kemungkinan melibatkan pemaju privet dan kami akan mengkaji saranan beliau (Cik Chan) dengan teliti."



Namun pada masa yang sama, Encik Wong menegaskan sekalipun pemaju privet akan dilibatkan, keutamaan pemerintah adalah membangunkan semula estet perumahan awam.



"Saya ingin jelaskan bahawa peranan kita adalah untuk membangunkan estet perumahan awam, jadi kita akan perlu memastikan sebarang pembangunan semula dijalankan dengan cara yang menyokong misi HDB dalam menyediakan rumah dimampui dan bermutu bagi warga Singapura," ujar Encik Wong.



Empat AP mengetengahkan pelbagai soalan berkaitan dengan Vers di Parlimen semalam.



Ini termasuk Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) yang bertanya antara lain kriteria pemilikan bagi kawasan Vers yang layak dan apakah pilihan yang diberi penduduk jika mereka gagal layak di bawah Vers bagi flat mereka.



Soalan susulan oleh AP juga mencerminkan keprihatinan penduduk - seperti tempoh notis yang akan diberi kepada penduduk jika flat mereka dipilih di bawah Vers.



Menjawab, Encik Wong berkata pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti butiran skim itu seperti liputan Vers dan bagaimana pampasan akan dikira.



Tetapi beliau tidak memberi butiran lebih lanjut bila butiran ini bakal didedahkan.



"Khususnya, kami juga akan memastikan yang Vers dijalankan dengan cara yang mapan dari segi fiskal supaya ia tidak menjadi satu bebanan bagi generasi seterusnya," ujar Encik Wong.



Sementara itu, beliau menjelaskan lebih banyak flat akan layak di bawah Vers berbanding Sers, yang terbatas kepada kawasan yang mempunyai nilai pembangunan tinggi.



Hanya sekitar 5 peratus flat HDB yang layak di bawah Sers.



Namun menurut Encik Wong, pampasan yang ditawarkan bagi Vers adalah tidak semurah hati berbanding Sers "kerana kami akan membangunkan semula tanah yang sudah dibangunkan".



Encik Wong turut memberi jaminan bahawa pemerintah akan menawarkan bermacam pilihan perumahan bagi memenuhi keperluan yang pelbagai.



Misalnya, jika penduduk perlukan tempat tinggal di akhir tempoh pajakan, pemerintah akan tawarkan flat lain - yang boleh jadi sebuah flat baru bagi mereka yang layak atau flat jualan semula pada tempoh pajaka lebih singkat.



Tambah Encik Wong, pemerintah telah melaksanakan rancangan perumahan yang bercita-cita tinggi bagi beberapa dekad mendatang.



"Sama ada ini akan dijalankan, ia bergantung kepada keadaan kewangan dan ekonomi kita serta luaran. Tetapi pemerintah kita mempunyai rekod menjalankan komitmen kita," katanya.



Laporan lanjut Parlimen: Pemilik rumah berusia boleh raih pendapatan dari hartanah selain menjualnya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >