Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemaju S’pura tawar diskaun jualan kondo di kawasan bandar

May 19, 2023 | 05:55 PM



SEKURANG-KURANGNYA lapan projek kondominium baru, kebanyakannya dalam Kawasan Rantau Utama (CCR), telah ditawarkan diskaun pada April dan Mei dalam usaha menarik pembeli, menurut akhbar The Business Times (BT).



Sebuah unit dua bilik di One Draycott yang mempunyai 64 unit telah diiklankan pada harga $2.2 juta, setengah juta kurang daripada harga sebenar $2.7 juta.



Menurut kaveat yang difailkan, projek District 10 itu yang dibina oleh Selangor Dredging Bhd telah menjual 19 unit sejak pelancarannya pada 2018, pada harga antara di bawah $2.3 juta (bagi satu unit seluas 732 kaki persegi) hingga $3.5 juta (1,345 kaki persegi).



Projek District 9, oleh Bukit Sembawang, The Atelier, menjual 46 unit atau 38 peratus daripada 120 unit pada April sahaja, selepas ia menawarkan diskaun tujuh peratus pada bulan yang sama untuk beberapa unit.



Kondominium di kawasan Newton itu mula dipasarkan pada Februari 2021, tetapi telah melengahkan pelancaran awamnya di sebalik kebimbangan kesihatan dan keselamatan semasa pandemik Covid-19.



The Atelier telah menjual 94 unit sejauh ini, menurut data kaveat sehingga 18 Mei.

Transaksi harga terendah adalah sekitar $1.42 juta bagi sebuah unit di tingkat 10 dengan keluasan 549 kaki persegi yang dijual pada April 2023, berbanding $1.49 juta bagi sebuah unit tingkat lapan dalam ruang sama yang dijual pada Disember 2022.



Menurut penjualan pemaju terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), harga median unit yang dijual di The Atelier pada April adalah $2,658 bagi setiap kaki persegi.



Ini adalah 8.8 peratus lebih rendah berbanding harga median sebanyak $2,916 bagi setiap kaki persegi apabila projek itu dilancar buat kali pertama pada March 2021, semasa empat unit dijual, kata ketua penyelidikan bagi Asia Tenggara CBRE, Cik Tricia Song.



Harga median lebih rendah mungkin bermakna transaksi dicapai pada harga lebih rendah, meskipun ia mungkin menandakan lebih banyak unit daripada sesetengah saiz yang dijual.



Para ejen hartanah yang membuat promosi bagi The Avenir di River Valley, cuba menjual dengan tawaran penjimatan sehingga $366,000 bagi unit-unit satu bilik, menurut pemeriksaan oleh BT.



Sebuah unit yang disenaraikan pada harga $2.08 juta telah ditawarkan pada harga $1.72 juta.



Kondominium pegangan bebas itu dibangunkan oleh Hong Leong, Kong Realty dan GuocoLand dan dilancarkan pada Januari 2020, dengan 17 unit dikaveat pada bulan tersebut pada harga median $3,248 bagi setiap kaki persegi.



Sehingga kini, 361 daripada 376 unit projek tersebut telah dijual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >