Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandangan '5 bintang' bagi pesakit warga emas Covid-19 di Bangunan Pit F1

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



PERSISIRAN indah, orang mendayung kayak di laut dan berbasikal di pantai, dan pohon-pohon kelapa hijau di tepi laut.



Itulah antara pemandangan "lima bintang" - menghadap perairan Marina Bay - yang dapat dinikmati pesakit warga emas di kemudahan rawatan Covid-19 (CTF) di Bangunan Pit perlumbaan kereta Formula Satu (F1) di Republic Boulevard.



CTF itu adalah bagi pesakit berusia 70 tahun ke atas yang sudah divaksinasi sepenuhnya dan pesakit belum divaksinasi berumur 80 tahun ke atas.



Mula beroperasi Selasa ini, ia dipimpin National University Health System (NUHS) dengan sokongan rakan kongsi Health Management International Pte Ltd, Integrated Health Information Systems (IHiS), Hotel Mandarin Oriental, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Surbana Jurong.



Bangunan Pit F1 itu diubah menjadi CTF dalam masa dua minggu sahaja bagi menampung peningkatan jumlah warga emas yang dijangkiti Covid-19.



Pengarah Perubatan, Bangunan CTF@ F1 Pit, Dr Jonathan Ong, yang menyifatkan pemandangan dari kemudahan itu sebagai lima bintang, berkata:



"Dari permulaan operasi ini, kami ingin memastikan tempat ini mesra geriatrik, dari segi keterangan dan penempatan lampu dan juga perkakas, kawasan kegiatan harian bagi pesakit juga disediakan, seperti permainan, senaman dan terapi visual.



"Kami percaya ini akan memastikan kesihatan fizikal dan mental mereka sebelum diizin pulang."



Beliau berkata demikian kepada Berita Harian, yang diundang ke kemudahan tersebut kelmarin.



CTF itu menyediakan 721 katil, dengan lapan bilik pengasingan dan 12 ruang sakit. Tiga wad lelaki di tingkat dua dan empat wad wanita di tingkat tiga disediakan dengan sebuah katil, almari dan meja serta kerusi bagi setiap pesakit.



Hanya warga emas sihat secara umum dan boleh berdikari (tidak memerlukan bantuan bagi aktiviti harian seperti mandi, pergi tandas, pakai baju dan makan) dengan tanda-tanda stabil ditempatkan dan diterima di CTF itu.



Dr Ong berkata proses memindahkan pesakit yang menghadapi kecemasan pernafasan dan yang memerlukan bantuan tiub agak sukar, oleh itu sebuah lif dibina di hujung tempat masuk bangunan itu bagi membantu proses pemindahan.



CTF itu akan mempunyai 150 kakitangan, termasuk doktor, jururawat, pembantu penjagaan kesihatan, duta pegawai kesihatan, pengawal keselamatan dan pegawai penyenggaraan.



"Hingga 17 kakitangan akan ditugaskan di setiap wad," ujarnya.



Ditanya mengapa bangunan itu dipilih sebagai CTF, Dr Ong berkata sebab pertama ialah ia tidak digunakan melainkan semasa acara F1.



"Selain itu, jumlah tingkat dan ruangnya membolehkan kami menampung dan menjaga hingga 721 pesakit di kemudahan ini," ujarnya, sambil berkata ia turut menyediakan makanan halal dan wifi percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >