Pemandu baru langgar lampu trafik, rempuh pejalan kaki dan kemudian sebabkan kematian penumpangnya, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pemandu baru langgar lampu trafik, rempuh pejalan kaki dan kemudian sebabkan kematian penumpangnya

Apr 21, 2016 | 10:37 AM

KURANG 10 jam selepas melanggar lampu isyarat merah dan melanggar seorang pejalan kaki, seorang pemandu baru menyebabkan penumpang di dalam van yang dipandunya tercampak keluar apabila dia memandu dengan tiba-tiba dan membelok dengan tajam sebelum beliau dapat menutup pintu.

Belakang kepala penumpang tersebut, Cik Nurfatin Diana Norazlan, 16 tahun, terhantuk ke tanah dan dia tidak bergerak. Dek bimbang akan kehilangan lesen memandu, Muhammad Nizam Abdul Karim, yang berusia 20 tahun dan masih pemandu probesen ketika itu, memberitahu rakan-rakannya supaya jangan memanggil ambulans.

Norfatin meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menyifatkan tindakannya sebagai jelas tidak bertanggungjawab dan tidak dapat dibela, Hakim Daerah Luke Tan Rabu lalu (20 Apr) menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Nizam, kini 22 tahun.

Nizam mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan: memandu secara berbahaya, kecuaian dengan tidak berniat membunuh, memiliki dadah dan menggunakan dadah.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dia dilarang memandu selama lima tahun selepas dibebaskan.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 12 April 2014, Nizam membelek-belek peranti Sistem Kedudukan Global (GPS) dalam vannya semasa memandu di Bedok South Avenue 2.

Pada kira-kira 7.50 malam, dia melanggar Encik Chua Shuen Zhi, 18 tahun, di simpang di luar Sekolah Rendah Bedok Green. Encik Chua tercampak jauh dan tidak sedarkan diri. Dia memerlukan 10 jahitan di dahinya.

Cermin depan van itu retak teruk dan pejabat Nizam menyuruhnya pulang untuk van itu dibaiki. Sebaliknya, dia menggunakannya untuk bersiar-siar sepanjang malam dengan rakan-rakannya di Pantai Changi.

Pada kira-kira 5.30 pagi, Allahyarham Nurfatin dan adiknya, Norfarah Aqasha, menaiki van itu di tempat letak kereta di sana.

Allahyarham duduk berhampiran pintu gelangsar dengan membelakangkan tempat duduk penumpang depan.

Sedang Allahyarham menutup pintu, Nizam memandu secara tiba-tiba dan membelok kanan ke arah pintu keluar kawasan letak kereta.

Pintu van itu terbuka dan Allahyarham tercampak keluar dan terjatuh ke jalan dengan bunyi dentuman kuat. Adik Allahyarham menjerit meminta Nizam supaya berhenti. Kawannya mahu memanggil ambulans, tetapi Nizam memarahi mereka.

Dia dan seorang rakanya mengangkat Allahyarham ke belakang van itu, dan memandu ke tempat letak kereta lain. Dia kemudian pergi ke pantai untuk berbual dengan seorang rakan wanita, manakala Cik Norfarah tinggal bersama kakaknya.

Pada 7.20 pagi tubuh Cik Nurfatin menjadi sejuk dan jarinya kebiruan.

Adiknya menghubungi ambulans, manakala seorang kawan pergi mendapatkan bantuan di khemah pertolongan cemas yang didirikan berdekatan bagi sebuah acara. Allahyarham disahkan meninggal dunia di hospital pada 9.25 pagi.

Secara berasingan, pada 10 Nov tahun lepas, Nizam ditangkap kerana memiliki dan menggunakan methamphetamine, atau Ice.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map