Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu bas dalam kemalangan yang ragut nyawa di Tuas, dihadapkan ke mahkamah

Oct 15, 2019 | 12:02 PM



SEORANG lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Daerah di Singapura pada Sabtu (12 Oktober) selepas dia didakwa memandu bas dengan cuai di Tuas, justeru menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa penumpang bas itu.



Kalaimani Muniandy, 60 tahun, didakwa menyebabkan kematian warga Malaysia Cik Mok Fei Chen, 35 tahun, yang bekerja untuk syarikat teknologi Hewlett-Packard di Singapura.



Dia dituduh telah gagal mengawal bas berdaftar Malaysia itu berhampiran dewan ketibaan Pusat Pemeriksaan Tuas sekitar 4.20 pagi pada 26 Febuari lalu.



Akibatnya, bas itu terlanggar  tanjakan (ramp) dan dua penumpang wanita tercampak keluar bas. Kedua-duanya terjatuh dari ketinggian tiga tingkat ke bawah.



Cik Mok, yang tercampak keluar dari bas, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang wanita lain, yang pada ketika itu berusia 21 tahun, selamat.



Menurut laporan The Straits Times, Kalaimani juga dituduh menyebabkan kecederaan kepada sembilan penumpang lain dengan memandu secara cuai.



Kalaimani dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000 pada Sabtu, dan akan kembali ke mahkamah pada 18 Oktober.



Sekiranya disabit kesalahan telah menyebabkan kematian Cik Mok dengan memandu dengan cuai, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >