Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu bas didenda susuli kemalangan dengan lori di BKE, penyebab 18 penumpang dikejarkan ke hospital

Jan 21, 2022 | 10:35 PM



PEMANDU bas yang membawa 33 penumpang gagal melihat situasi trafik dan merempuh lori yang bergerak perlahan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE). 



Ekoran perbuatan lalainya itu, 18 penumpang digegaskan ke hospital, termasuk wanita berusia yang patah tulang belakang dan budak lapan tahun yang patah jari.



Pada Jumaat (21 Januari), pemandu berkenaan, Ong Eng Thoo, 66 tahun, mengaku bersalah di atas satu dakwaan menyebabkan kecederaan kerana perbuatan lalainya itu. Satu lagi tuduhan serupa dipertimbangkan sebelum hukuman dijatuhkan.



Warga Singapura itu didenda $5,000 dan tidak dibenarkan memandu selama 18 bulan.



Mahkamah diberitahu sekitar 1.35 petang pada 13 Oktober 2019, Ong yang menghantar penumpang ke kuil sedang memandu di tengah-tengah jalan dengan lima laluan di BKE menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).



Semasa kejadian berlaku, cuacanya elok, permukaan jalan kering manakala trafik tidak sesak, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gladys Lim.



Sepanjang satu bahagian cerun ekspreswe, sebuah lori penuh muatan kerikil bergerak perlahan pada 30 hingga 50 kilometer sejam di hadapan bas Ong.



Daripada cermin pandangan belakangnya, pemandu lori itu dapat melihat bas yang bergerak dari belakang dengan laju. Tidak lama selepas itu, bas itu merempuh lori berkenaan.



Sebuah motosikal turut merempuh bas itu.



DPP Lim berkata: "(Ong) gagal melihat keadaan sekelilingnya apabila memandu ke depan lantas gagal memperlahankan kenderaannya tepat pada masanya. Dia merempuh lori di hadapannya."



Sewaktu kemalangan itu berlaku, budak lapan tahun yang duduk di bahagian depan bas terhumban ke depan manakala wanita 58 tahun terjatuh ke tepi. Dua penumpang itu dan 16 yang lain digegaskan ke hospital.



Satu laporan perubatan mengesahkan budak itu patah jari dan mengalami kecederaan berupa kelar pada kulit kepalanya manakala wanita itu pula patah tulang belakang dan mungkin menghadapi kesakitan berterusan walaupun ia tidak membataskan fungsi pergerakannya.



Peguam Ong, Encik Wee Hong Shern, memohon hakim agar berihsan, dengan menyatakan bahawa Ong yang bertugas bagi syarikat bas itu sejak 1984, perlu terus memandu bagi menyara kehidupannya dan menyokong ibunya yang berusia.



Encik Wee menambah lori itu berjalan dengan kadar yang terlalu perlahan di lebuh raya.



Hakim akur pada keterangan pendakwa kemudian membenarkan Ong membayar denda itu secara ansuran.



Kerana menyebabkan kecederaan pada orang lain menerusi kelalaian, pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $5,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >