Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu bijak guna aplikasi, alat teknologi

Jul 12, 2019 | 05:30 AM



KEDUA-DUA pemandu teksi ini bukan calang-calang.



Mereka adalah pemandu teksi yang kekal relevan dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat berubah.



Encik Haniff Mahbob, 65 tahun, dan Encik Noor Hairin Misri, 42 tahun, merupakan antara pemandu teksi ComfortDelGro yang menyertai kursus perintis SkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFDW).



Berbekalkan motivasi diri masing-masing, kedua-dua pemandu teksi itu merebut peluang untuk mempelajari cara menggunakan aplikasi dan alat teknologi yang relevan kepada pekerjaan mereka.



Antaranya, mengambil tempahan, cari penumpang, mengumpul tambang, melunaskan bayaran tempat letak kereta, berurus niaga bersama pengendali teksi dan memandu di sekitar Singapura dengan cekap menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS).



"Selepas menjalani latihan ini, saya sudah tidak janggal untuk menggunakan alat teknologi di dalam teksi sebab sebelum ini, saya lebih biasa dengan bayaran wang tunai sahaja.



"Ada kalanya, saya akan cuba sarankan kepada penumpang jenis bayaran yang sesuai untuk mereka gunakan.



"Tapi seperti mempelajari bahasa, kemahiran digital ini harus kerap diamalkan kerana jika tidak, ia akan hilang begitu sahaja," kata Encik Haniff yang telah memandu teksi selama 32 tahun.



Selain kursus SFDW, beliau juga mengambil inisiatif untuk menyertai kursus mengawal penumpang yang mencabar anjuran Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), kursus asas bahasa Mandarin dan bertutur dalam dialek Hokkien.



"Pendidikan adalah keutamaan. Itulah pendirian saya.



"Dengan mempelajari bahasa lain, saya dapat berhubung dengan penumpang ataupun pelancong yang tidak boleh berbahasa Inggeris," kata bapa tiga anak itu.



Encik Noor Hairin pula yang telah memandu teksi selama 10 tahun, berkata:



"Ia penting untuk kami (pemandu teksi) terus relevan dengan perubahan di sekeliling dan mempertingkat diri.



"Meskipun saya dianggap antara pemandu teksi yang lebih muda berbanding yang lain, kursus ini telah memberi manfaat kepada saya."



Bapa tiga anak itu, yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan elektrikal, juga memiliki Diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pekerja dan Sijil Lanjutan dalam Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja.



"Apabila saya mula menjadi pemandu teksi, saya beritahu diri saya bahawa saya tidak akan menjadi pemandu teksi yang biasa-biasa saja.



"Sebab itu, saya cabar diri saya untuk kembali bersekolah secara sambilan dan mempertingkat diri sendiri," katanya yang ketika itu harus memandu teksi di sebelah pagi dan menghadiri kelas pada waktu malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >