Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu buang lampin kotor ke kereta lain di Tampines Mall

Aug 26, 2019 | 04:12 PM



SEORANG pemandu kereta lelaki di Singapura ditangkap melontarkan lampin pakai buang yang kotor ke kereta lain dalam rakaman video yang tular di Facebook, lapor Asiaone.



Mangsa, Jonathan Lee, mengongsi video yang dirakam oleh kamera dalam keretanya di Facebook dan mengecam tingkah laku lelaki itu.



Menurut Lee, kejadian itu berlaku pada hari Sabtu (24 Ogos) di sebuah tempat letak kereta di Tampines Mall.



Dalam video itu, setelah lelaki itu meletakkan kereta dorong ke dalam bonet keretanya, seorang wanita yang sedang duduk dalam keretanya memberi lampin yang mungkin sudah kotor kepadanya.



Lelaki itu memandang sekeliling untuk memeriksa jika ada orang yang memerhatikannya tetapi tidak perasan bahawa ada kamera tersembunyi di hadapannya yang sedang merakam tingkah lakunya itu.



Lelaki itu kemudian melemparkan lampin ke kereta Encik Lee secara senyap-senyap - sambil mendedahkan muka dan plat lesen kereta secara tidak sengaja untuk dilihat oleh semua orang.



Lee menulis, "Saya bertemu seorang pemandu yang tidak mempertimbangkan kelakuannya terhadap orang lain dan telah melemparkan lampin pakai buang yang digunakan anaknya ke kereta saya ... Anda ingin menjadi seorang terkenal? Mari saya buat anda terkenal."



Video yang tular itu telah menarik perhatian orang ramai dan mereka turut menyelar tindakan lelaki itu yang sekarang sudah digelar sebagai “Daiper Man.”



Lee berkata bahawa beliau telah membuat laporan dengan Agensi Alam Sekitar Negara.



Sekiranya didapati bersalah, “Diaper Man” boleh dikenakam hukuman. 



Di bawah Akta Kesihatan Awam Alam Sekitar, denda maksimum bagi kesalahan membuang secara sembarangan adalah $2,000 untuk kesalahan mahkamah pertama, $4,000 untuk kesalahan kedua, dan $10,000 untuk kesalahan ketiga dan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >