Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu buang sisa, ambil rasuah, penjara 24 minggu

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu yang bekerja di syarikat pelupusan sampah telah membayar lebih daripada $44,000 sebagai rasuah kepada penyelia tapak pembinaan di Sengkang, untuk membuang sisa di tapak kerja.



Semalam Low Kong Yew, 34 tahun, dijatuhi hukuman penjara 24 minggu.



Dia menuntut dibicarakan bagi dakwaan yang dikenakan terhadapnya tetapi dia didapati bersalah atas 15 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Low ialah pemandu Pengurusan Pengangkutan Seaview, sebuah syarikat pelupusan sisa yang terlibat dalam pembuangan sisa tegar - sejenis sisa yang dijana setelah bangunan dirobihkan.



Sisa tegar boleh digunakan untuk menurap jalan masuk sementara di tapak pembinaan.



Dia berkenalan dengan tertuduh bersama Jeffrey Chin Jen Len, 53 tahun, yang merupakan penyelia tapak dengan Koon Construction & Transport. Chin bertanggungjawab ke atas tapak binaan di Sengkang West.



Antara Ogos dengan Disember 2017, Low membayar $44,700 kepada Chin supaya Low boleh menguruskan kenderaan untuk membuang sisa tegar di tapak kerja Sengkang West.



Mahkamah diberitahu bahawa syarikat Chin mempunya dasar untuk tidak menerima bayaran bagi sisa tegar.



Menurut pihak pendakwa, Low meraih manfaat daripada pengaturan ini dalam tiga cara.



Pertama, dia menerima bayaran setiap muatan daripada majikannya melebihi gajinya.



Jika dia telah menghantar semula muatan itu kepada majikannya dan bukan membuangnya di tapak kerja, dia tidak akan menerima bayaran tambahan tersenbut.



Pihak pembela mengemukakan bahawa Low perlu membayar untuk membuang sisa tegar, dan bayaran itu ditujukan untuk syarikat Chin dan bukannya Chin secara peribadi.



Bagaimanapun, pihak pendakwa membalasnya dengan memetik pengakuan cerita Low sendiri.



Menurutnya, beberapa tapak kerja membenarkan syarikat seperti Seaview membuang sisa tegar ke tapak kerja tanpa sebarang bayaran.



Orang lain yang bertanggungjawab ke atas tapak kerja lain mengenakan bayaran untuk sisa tegar dibuang di sana.



Tapak kerja yang tidak mengenakan bayaran sedang mencari sisa tegar bermutu lebih baik daripada simen tulen, kata Low.



Menurutnya, ini sukar diperoleh daripada kontraktor pengubahsuaian. Sisa tegar yang berasal daripada kontraktor pengubahsuaian secara amnya adalah campuran batu bata, marmar dan batu.



Hanya tapak kerja yang mengenakan bayaran akan menerima sisa tegar bermutu rendah, kata Low.



Pendakwa raya berkata ini menyangkal dakwaan Low bahawa ia perlu membayar untuk membuang sisa itu.



Pihak pendakwa yang meminta hukuman penjara sekurang-kurangnya 24 minggu ke atas Low, berkata dia didorong oleh sikap tamak dan telah memulakan skim rasuah dengan mencari Chin.



Hakim membenarkan permintaan Low untuk menangguhkan hukumannya kepada Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >