Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu 'cabut' selepas pam minyak

Aug 25, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS mengisi petrol dalam tangki kenderaan, mereka terus memandu pergi tanpa membayar sesen pun.



Masalah tersebut berlaku di beberapa stesen minyak di sini, tetapi yang paling teruk berlaku ialah stesen minyak Esso di Woodlands Avenue 1.



Sejak Januari lalu, seramai 36 pemandu dilapor kabur selepas mengisi minyak di stesen minyak tersebut tanpa melunaskan bayaran.



Ini bermakna secara purata dua pemilik kenderaan kabur tanpa membayar sesen pun setiap bulan di stesen yang didapati sibuk, terutama pada waktu sibuk pagi dan petang.



Perangkaan tersebut jelas terpapar pada papan notis amaran jenayah yang dipasang polis di luar stesen tersebut - sesuatu yang menarik perhatian ramai termasuk pembaca yang telah memaklumkannya kepada akhbar Berita Harian (BH) baru-baru ini.



"Saya ingat masalah ini sering berlaku di stesen pam minyak seberang Tambak tetapi ramai pemandu warga kita yang buat kerja ini di sini.



"Mereka yang melakukan perbuatan memalukan ini bukan saja tidak beretika tetapi sebenarnya telah melakukan jenayah!'' kata pembaca yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ismail Jalamuddin, 45 tahun, eksekutif pemasaran.



Atendan pam minyak berusia 60-an tahun ketika ditemui baru-baru ini pula berkata memang ada pemilik kenderaan yang terus memandu pergi dengan niat menipu.



Ada pula yang mendakwa terlupa atau tidak sengaja.



"Mereka mungkin tak perasan stesen ini mempunyai banyak kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kereta yang keluar masuk.



"Mereka ingat tiada siapa yang tahu tetapi mereka lupa kamera merakam kereta atau motosikal dan muka mereka sekali. Mana nak lari?



"Pihak pengurusan biasanya akan membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.



"Ada yang datang balik buat pembayaran selepas diberi amaran oleh polis,'' ujarnya.



Menurutnya, satu lagi helah ialah mereka masuk ke dalam stesen untuk beli barang selepas pam minyak. Namun, mereka hanya membayar bagi barang yang dibeli, tidak termasuk minyak yang dipam.



Stesen minyak Esso yang dilengkapi kedai runcit FairPrice Xpress diuruskan dengan kerjasama NTUC FairPrice.



Polis ketika dihubungi berkata pihaknya tidak mengumpul perangkaan kes kecurian petrol secara khusus. Polis merangkumkannya sebagai kes curi secara umum.



Namun, mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.



Polis memberi contoh pemandu Uber dan Grab William Tan yang dikenakan hukuman penjara 14 bulan pada Ogos tahun lalu.



Dia didapati bersalah tidak membayar harga petrol selepas beberapa kali mengisi minyak di stesen minyak setempat.



Dia juga didakwa atas kesalahan berkaitan dadah.



Polis berkata dalam kenyataannya ketika itu bahawa Tan diberkas pada Mei tahun sama selepas polis menerima beberapa laporan mencuri minyak di stesen minyak termasuk di Sengkang dan Yio Chu Kang.



Dia diberkas hasil siasatan melibatkan kereta jenis Toyota Altis yang dipandunya.



Kata polis, siasatan menunjukkan Tan memasang plat yang dicuri pada keretanya sebelum menuju ke stesen minyak bagi mengepam petrol. Dia kemudian memandu pergi tanpa membuat pembayaran.




Apa kata jurucakap FairPrice



"KAMI melaksanakan pelbagai langkah keselamatan, termasuk memasang kamera TV litar tertutup dan pegawai keselamatan di kedai kami.



Kesemua kejadian melibatkan kecurian dirujuk kepada polis - pihak yang kami dapatkan kerjasama untuk mendidik masyarakat dalam pencegahan jenayah.



Dalam kejadian petrol yang tidak dibayar, setiap insiden dinilai berdasarkan kes untuk memastikan kakitangan dilayan dengan adil di samping mengekalkan piawaian perkhidmatan yang tinggi.



Kakitangan juga dilatih dan diberi taklimat mengenai prosedur perkhidmatan untuk mengelakkan insiden tersebut daripada berlaku dan ini sentiasa dikaji semula.



Kami menghargai majoriti pelanggan yang bertanggungjawab serta berfikiran sivik dan menggalakkan semua pelanggan melakukan perkara yang sama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >