Pemandu diberkas selepas melanggar pegawai polis tambahan di pusat pemeriksaan Woodlands

SEORANG pemandu berusia 52 tahun diberkas selepas melanggar pegawai polis tambahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 28 November.

Menurut pihak polis dalam satu kenyataan semalam, mereka diberitahu mengenai kejadian itu pada 8.11 malam 28 November. Pemandu tersebut diberkas kerana menyebabkan kecederaan kerana tindakan terburu-buru.

Mangsa 24 tahun itu dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar.

Kemalangan tersebut dirakam dan tersebar di media sosial.

Dalam video tersebut, pegawai yang sedang melambaikan baton berlampunya itu kelihatan jatuh selepas dilanggar oleh kereta yang sedang dipandu perlahan.

Siasatan polis sedang dijalankan.