Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pemandu dipenjara 10 bulan biar kanak-kanak 3 tahun dalam van tanpa alihan udara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

Pemandu dipenjara 10 bulan biar kanak-kanak 3 tahun dalam van tanpa alihan udara

Jan 07, 2021 | 05:30 AM

MARAH kerana tidak dibayar bagi tugas mengambil lebih ramai pelajar untuk dihantar ke sekolah, seorang pemandu bertindak mengunci seorang murid berusia tiga tahun dalam vannya dalam keadaan kenderaan itu tiada aliran udara.

Akibat perbuatan itu, pemandu van mini itu, Zulkahnai Haron, 47 tahun, semalam dihukum penjara 10 bulan, didenda $3,000 dan dilarang memandu selama setahun.

Dia mengaku salah atas satu tuduhan menganiaya seorang budak dengan menimbulkan kesengsaraan yang tidak perlu dan tuduhan trafik lain yang tidak berkaitan.

Identiti mangsa tidak boleh didedahkan kerana berusia bawah 18 tahun dan dilindungi Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.

Mahkamah diberitahu bahawa Zulkahnai merupakan pemandu di sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan, yang ditugaskan mengambil dan menghantar pelajar dari dan ke sekolah mereka di laluan yang telah ditetapkan.

Pada pagi 20 Januari tahun lalu, Zulkahnai melaporkan kerja seperti biasa dan telah selesai menghantar pelajar-pelajar di laluan yang ditugaskan apabila dia menerima panggilan telefon daripada penyelianya agar mengambil lebih ramai pelajar.

Zulkahnai bertanya sama ada dia akan diberi elaun tambahan bagi tugas itu, tetapi dia tidak menerima jawapan yang memuaskan hatinya, lantas mula berasa tidak senang hati.

Dia tetap mengambil tambahan seorang pelajar ke sekolahnya tetapi masih terganggu dengan soal elaun yang ditanyakan.

Walaupun mangsa masih berada di dalam van mini itu, Zulkahnai menyuruh atendan bus agar pulang dulu - satu tindakan yang melanggar dasar syarikat yang menekankan atendan hanya boleh meninggalkan kenderaan setelah semua pelajar meninggalkan bas.

Zulkahnai kemudian pulang ke rumah, meletakkan vannya di tempat meletak kereta Admiralty Drive pada 9 pagi.

Dia meninggalkan murid itu di dalam van, menguncikannya dan membeli makanan sebelum ke kedai untuk membeli barang runcit. Selepas itu dia pulang ke rumah.

Pada 10 pagi, seorang lelaki berjalan di tempat meletak kereta itu bersama isterinya terdengar suara "helo, helo" dari van mini itu.

Mereka mendapati mangsa berada di dalam van, sedang menangis, dan memanggil-manggil ibunya. Mangsa masih dipasang tali pinggang keledar.

Lelaki itu kemudian menghubungi Zulkahnai, yang nombornya tertera di kenderaan itu sementara isterinya menghubungi sekolah dan mengambil gambar mangsa.

Mangsa telah menjalani pemeriksaan di klinik bimbingan kanak-kanak di Institut Kesihatan Mental dan dia didapati mengalami stres pascatrauma gara-gara insiden itu.

Menurut ibunya, anaknya kini takut bersendirian dan tidak boleh tidur tanpa ibu di sisi selama enam bulan. Dia juga takut menaiki bas sekolah.

Peguam Zulkahnai, Cik Sofia Bennita Mohamed Bakhash, semalam berkata kliennya menghadapi masalah kewangan ketika melakukan kesalahan dan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, lapor akhbar The Straits Times.

Peguam itu juga mengatakan bahawa hukuman penjara akan menjejas kehidupan keluarganya kerana isterinya tidak dapat menyara dua anak mereka sendiri dengan gajinya.

Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Zulkahnai, Hakim Daerah Marvin Bay menyatakan terdapat "salah guna kepercayaan yang teruk" oleh tertuduh.

"Sendirian dan terkurung di dalam van yang tidak mempunyai pengalihan udara, anak berusia tiga tahun itu akan menghadapi risiko kekurangan oksigen (jika dibiarkan cukup lama), tekanan panas atau kecederaan fizikal jika dia bergelut untuk membebaskan diri dari tali pinggang keledar," tambahnya.

Hakim menunaikan permintaan Zulkahnai untuk menangguhkan hukuman penjara hingga 20 Januari supaya dia dapat menyelesaikan masalah keluarga dan pekerjaannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3