Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Pemandu Gojek enggan ambil penumpang dek “cuaca panas”

Aug 05, 2019 | 08:23 PM

PENGENDALI kereta sewa Gojek sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian yang melibatkan seorang pemandu mereka yang gagal mengambil sepasang penumpang berusia selepas memberitahu mereka “cuaca terlalu panas”.

Kejadian tersebut telah dimaklumkan oleh seorang penyumbang laman Stomp, yang hanya dikenali sebagai Justin, yang juga merupakan rakan kepada pasangan tersebut.

Pasangan itu telah membuat tempahan menerusi aplikasi Gojek dari pejabat mereka di Citilink Warehouse Complex di Pasir Panjang untuk ke rumah mereka di Seletar pada Sabtu (3 Ogos) lalu.

Pada 3.08 petang, pemandu berkenaan menghantar mesej kepada mereka sambil berkata bahawa beliau sedang berehat di Alexandra Retail Centre (ARC) kerana cuaca “terlalu panas”.

Pemandu tersebut terus mendiamkan diri meskipun pasangan itu cuba menghubunginya menurut Encik Justin.

Berita Popular

“Pemandu terbabit langsung tidak membatalkan tempahan perjalanan tersebut dan pasangan itu terpaksa membatalkannya agar dapat menempah kereta lain,” tambah Encik Justin.

Menjawab pertanyaan Stomp, jurucakap Gojek berkata syarikat itu mengambil semua maklum balas daripada penumpang dengan serius dan sedang menyiasat insiden tersebut. 

“Para penumpang digalak untuk berhubung dengan pasukan khidmat pelanggan Gojek secara langsung melalui fungsi bantuan dalam aplikasinya atau menerusi talian bantuan.

“Ini akan membantu kami untuk mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik untuk kedua-dua penumpang dan rakan pemandu kami,” ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map