Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Pemandu Gojek hias kereta dan pakaian sambut Hari Kebangsaan

Aug 05, 2019 | 08:09 AM

SUDAH hampir lebih sedekad, bekas pemandu teksi dan kini pemandu kereta sewa swasta, Encik Henry Ho, 63 tahun, telah menghias keretanya dan memakai pakaian yang diubahsuai sendiri bagi meraikan Hari Kebangsaan.

Beliau berharap inisiatifnya ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dalam sambutan itu.

“Semua orang hias rumah mereka untuk acara sambutan seperti Tahun Baru Cina, Hari Natal dan Deepavali...namun mereka jarang menghiasi rumah untuk Hari Kebangsaan,” kata pemandu Gojek itu kepada akhbar The Straits Times.

“Saya selalu mereka bentuk dan memperagakan pakaian seragam sebegini sebab saya ingin mengingatkan orang ramai tentang (Hari Kebangsaan) sebelum hari sebenarnya. Saya harap semua orang boleh mengikut jejak langkah saya tetapi setakat ini, saya tidak tahu sesiapa yang telah melakukannya seperti saya.”

Tahun ini, beliau membuat model kek hari jadi untuk dipasang di bahagian depan keretanya dan menempah khas pakaian yang keseluruhannya bertemakan Hari Kebangsaan.

Berita Popular

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map