BELIAU mengambil dua penumpang - sepasang suami isteri - menggunakan kereta Grab yang dipandunya baru-baru ini.
Namun, sebelum mereka tiba di destinasi yang ingin dituju iaitu Hospital Mount Alvernia, beliau disertai seorang lagi penumpang - bayi yang dilahirkan si isteri dalam kereta Toyota Altis yang dipandu Encik Mohammad Fazli Omar itu.