Pemandu Grab lega sumber pendapatan terbuka, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

LAPORAN KHAS: Pemandu Grab penghantar makanan

Pemandu Grab lega sumber pendapatan terbuka

Pesanan makanan untuk GrabFood biasanya lebih banyak pada hujung minggu berbanding hari biasa
Apr 30, 2020 | 05:30 AM

Pandemik Covid-19 telah menjejas banyak sektor pekerjaan, dengan ada yang menyaksikan pemotongan gaji atau terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Namun, ia juga telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor lain seperti khidmat penghantaran makanan. Syarikat pengendali teksi ComfortDelGro malah kini menawarkan khidmat penghantaran yang kian rancak menerusi ComfortDelivery, dengan memanfaatkan sekitar 10,000 teksinya untuk membuat penghantaran bagi kedai makanan dan minuman (F&B) di sini. Dengan lebih ramai orang kini digesa agar duduk rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan, lebih ramai memesan makanan dalam talian. BERITA HARIAN mewawancara pemandu kereta sewa privet yang kini melakukan kerja khidmat penghantaran makanan dalam usaha menambahkan pendapatan mereka semasa pandemik ini. Ikuti laporan di halaman ini dah di halaman sebelah.

SEBELUM bermulanya pandemik Covid-19 dahulu, Encik Jaafar Omar boleh melakukan sehingga 120 perjalanan menghantar penumpang setiap minggu sebagai pemandu kereta sewa privet Grab.

Namun, dek langkah lebih ketat yang dilaksanakan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada masa ini, jumlah perjalanan itu telah merosot dengan begitu banyak kepada hanya sekitar 20 dalam seminggu.

Dalam usaha menambahkan pendapatannya semasa waktu sukar ini, Encik Jaafar, 59 tahun, berkata syarikat Grab telah membantu mendaftarkan dirinya di wadah GrabFood supaya beliau dapat melakukan kerja khidmat penghantaran makanan juga.

"Alhamdulillah, jika GrabFood tidak ada, memang akan ada masalah kerana tidak ada orang yang naik GrabCar hari ini. Jadi ia sandaran untuk kita," kata beliau, yang telah memandu untuk Grab sejak sekitar satu setengah tahun lalu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Encik Jaafar berkata pesanan makanan untuk GrabFood biasanya lebih banyak pada hujung minggu berbanding hari biasa, dengan beliau boleh menghantar sekitar 20 pesanan makanan pada hujung minggu.

Namun, ia tidak begitu mudah memandangkan terdapat persaingan lebih sengit dalam sektor khidmat penghantaran makanan dan dengan lebih banyak tempat makanan dan minuman (F&B) ditutup buat masa ini, ia juga bermakna jumlah pesanan makanan tidak meningkat.

"Saya pernah pada satu hari itu keluar bekerja selepas subuh dan pada pukul 10 pagi, baru ada satu tempahan. Itu pun GrabFood.

"Saya dah pusing satu Singapura sampai ke Geylang, dah bawa kereta sejauh 56 kilometer, baru ada bunyi dalam aplikasi Grab saya," kata beliau.

Dalam keadaan mencabar hari ini, Encik Jaafar berkata pendapatan yang diraihnya setiap hari tidak begitu banyak walaupun beliau bekerja untuk kedua-dua khidmat GrabCar dan GrabFood.

Tambahnya, keutamaan beliau bekerja pada hari ini adalah supaya "asal dapat bayar sewa kereta" yang berharga $79 sehari.

Namun, beliau bersyukur dapat menerima pelbagai bantuan - termasuk $70 seminggu dalam bantuan pemerintah di bawah Dana Bantuan Khas Grab dan syarikat sewa keretanya juga meniadakan bayaran sewa untuk tiga hari dalam seminggu.

"Kalau tak ada GrabFood, saya mungkin akan beri balik kereta ini," ujarnya.

Selain itu, Encik Jaafar juga bakal menerima bayaran $9,000 secara keseluruhannya di bawah Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri.

Beliau juga telah mendapat bantuan $500 di bawah Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF) sebelum ini.

Walaupun gembira GrabFood dapat membantu menambahkan pendapatannya buat masa ini, Encik Jaafar juga turut rasa simpati bagi pekerja penghantaran makanan sepenuh masa di bawah wadah itu.

Menurut Encik Jaafar, beliau memahami ramai daripada mereka berasa bimbang kerana perlu "berkongsi rezeki" dengan pemandu kereta sewa privet yang kini juga berkhidmat bagi GrabFood.

Beliau berharap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi supaya kehidupan boleh kembali seperti biasa.

"Kita pun rasa bersalah juga (pada pekerja penghantaran makanan) tetapi apa nak buat sebab keadaan dah macam ini.

"Sekarang pun susah bagi kita nak dapat booking GrabCar sebab orang tak boleh keluar rumah. Jadi, kita tak boleh salahkan sesiapa.

"Mungkin apabila orang dah boleh mula keluar kerja dan sekolah dibuka semula nanti, barulah keadaan akan jadi lebih baik," kata beliau.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map