Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu Grab maut dalam kemalangan di Ang Mo Kio

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu khidmat kereta sewa privet Grab meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan sebuah bas di Ang Mo Kio petang kelmarin.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerusi satu kenyataan semalam berkata lelaki berusia 68 tahun itu sedang membawa penumpang, melalui Ang Mo Kio Avenue 5 (arah ke Buangkok Green) dan sedang bersedia untuk membelok ke kanan di persimpangan trafik Ang Mo Kio Industrial Park 2, apabila sebuah lori masuk dari arah bertentangan dan melanggar kereta tersebut.



Pemandu kereta Grab itu telah dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedarkan diri, di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaannya tidak lama kemudian.



Sehingga kini, terdapat 40 kematian di tempat kerja berlaku dalam 2022, tambah MOM.



Awal daripada itu, polis berkata mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira pada 1 tengah hari kelmarin.



Selain pemandu itu, turut dibawa ke hospital akibat kemalangan tersebut ialah seorang wanita berusia 33 tahun dan pemandu lori, seorang lelaki berusia 55 tahun.



Kedua-duanya dalam keadaan sedar ketika itu.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ketiga-tiga mereka dibawa ke hospital berbeza - Hospital Tan Tock Seng, Khoo Teck Puat dan Hospital Besar Sengkang.



Pemandu lori dan pemandu bas, seorang lelaki berusia 65 tahun, sedang membantu siasatan, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >