Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu GrabHitch dihukum penjara setelah cabul kehormatan dua wanita dalam sejam

Dec 17, 2019 | 03:23 PM



SEORANG lelaki yang dipenjara selama lapan bulan pada 2015 kerana mencabul kehormatan telah melakukan kesalahan serupa - kali ini mencabul kehormatan dua wanita dalam masa sejam.



Tan Keng Leng, 39 tahun, bekerja separuh masa sebagai pemandu GrabHitch apabila dia meraba dua wanita setelah memaksa mereka duduk di depan, lapor The Straits Times.



Warga Singapura itu dijatuhkan hukuman penjara setahun 10 bulan selepas mengaku bersalah hari ini (Selasa, 17 Dis).



Dalam kedua-dua insiden yang berlaku pada 12 Oktober tahun lalu, Tan menyuruh mangsanya duduk di depan dan berkali-kali menyentuh buah dada mangsa dengan siku dan tangan kirinya.



Timbalan Pendakwa Raya Goh Yi Ling menggesa agar Tan dihukum penjara dua tahun kerana telah "mensasarkan secara khusus" mangsanya dengan memaksa mereka duduk di depan.



Kedua-dua wanita itu tidak dapat mengelak dan melarikan diri kerana mereka berada di jalan raya dalam kenderaan Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >