Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu hadapi 10 tuduhan berkaitan langgar lari di AYE

Nov 16, 2016 | 03:09 PM



SEORANG lelaki berusia 63 tahun didakwa di mahkamah pada Rabu (16 Nov) memandu terburu-buru di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan melakukan pelbagai kesalahan lain, termasuk mencederakan seorang penunggang motosikal dan pembonceng beliau.



Ho Loong Chan menghadapi sejumlah 10 tuduhan bagi kesalahan yang dilakukan antara 11.10 dan 11.30 pagi pada 15 Jun lalu.



Dia didakwa memandu kereta Toyota Camry-nya di sepanjang Jurong Town Hall Road tanpa pertimbangan munasabah akan pengguna jalan raya lain dengan mengekori dari dekat sebuah motosikal, memotong masuk dan keluar dari lorong dan memandu dengan cara tidak menentu.



Semasa memandu di sepanjang jalan susur ke AYE, dia didakwa memandu dalam keadaan terlalu terburu-buru hingga membahayakan nyawa orang lain, dengan membelok ke kanan dan menghampiri motosikal itu sangat dekat, menyebabkan penunggangnya menunggang di lorong paling kiri jalan dan hampir melanggar bebendul jalan.



Ho kemudian didakwa memandu di bahu jalan di depan penunggang motosikal tersebut, menekan brek secara berselang dan menyebabkan penunggang itu hampir melanggar keretanya.



Dia juga dituduh memasukki laluan penunggang berkenaan hingga mengakibatkan pelanggaran tepi dua kenderaan itu, yang hampir menyebabkan penunggang tersebut jatuh.



Ho juga didakwa memandu di sisi motosikal itu dan terbabas ke arahnya, tetapi terlepas melanggar motosikal tersebut.



Dia dikatakan sengaja melanggar motosikal itu dan menyebabkan kecederaan pada Encik Muhammad Fazly Rahmat, 29 tahun, serta pembonceng beliau, Cik Siti Farina Saptu, 27 tahun, pada kira-kira 11.30 pagi.



Ho juga menghadapi tuduhan gagal berhenti selepas kemalangan itu, gagal membuat laporan polis dalam masa 24 jam, dan gagal memberi bantuan selepas kemalangan.



Dia akan kembali ke mahkamah pada 14 Dis.



Dalam satu kenyataan pada Selasa (15 Nov), Polis Trafik berkata ia memandang tegas terhadap tingkah laku jalan raya berbahaya kerana ia membahayakan nyawa pengguna jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >