Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu kereta Bentley diberkas; cuba masuki sekolah secara berbahaya

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu lelaki berusia 61 tahun telah ditangkap polis selepas didapati sengaja bertindak terburu-buru hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengawal keselamatan.



Polis dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku pagi semalam melibatkan pemandu kereta dan pengawal keselamatan di Sekolah Rendah Red Swastika di Bedok North Avenue 3.



Menurut polis, pengawal keselamatan berusia 62 tahun itu mengalami kecederaan ringan.



Siasatan masih dijalankan.



Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan pemandu itu menggerakkan kereta Bentley ke hadapan secara perlahan beberapa kali, mengancam melanggar pengawal keselamatan yang berada di depan kenderaannya.



Mengulas kejadian itu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata beliau sedar tentang video itu yang menunjukkan seorang pemandu cuba memandu masuk ke sebuah sekolah dengan cara yang membahayakan pengawal keselamatan dan seorang kakitangan sekolah.



"Ia merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima. Bukan caranya kita bersikap demikian terhadap pengawal keselamatan dan kakitangan sekolah yang menjalankan tugas agar sekolah dan anak-anak kita selamat,'' kata Encik Chan.




"Ia merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima. Bukan caranya kita bersikap demikian terhadap pengawal keselamatan dan kakitangan sekolah yang menjalankan tugas agar sekolah dan anak-anak kita selamat.''
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Laporan lanjut: Usah aniaya pengawal keselamatan jalankan tugas: Kesatuan sekerja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >