Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERALIHAN KE FASA TIGA (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT)

Pemandu kereta sewa privet dapat sambutan bercampur-baur

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



PARA pemandu kereta sewa privet mendapat sambutan yang berbeza-beza pada hari pertama sekatan Covid-19 dilonggarkan di bawah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) yang bermula semalam.



Ada yang menyatakan bilangan penumpang yang mereka perolehi adalah lebih ramai berbanding sebelum ini, tetapi ada juga yang tidak melihat perbezaan memandangkan masih ramai yang bekerja di rumah dan menjamu selera di luar belum dibenarkan.



Di bawah fasa terbaru yang dilaksanakan secara berperingkat itu, sehingga lima orang boleh berkumpul berbanding dua orang sebelum ini.



Berita Harian (BH) menghubungi tiga pemandu kenderaan sewa privet (PHV) mengenai respons orang ramai pada hari pertama kelonggaran peraturan langkah selamat (SMM) semalam.



Bagi pemandu teksi atau PHV yang mempunyai enam tempat duduk, mereka boleh menampung dua hingga lima penumpang dalam kenderaan mereka.



Antaranya ialah Encik Israp Salleh, 63 tahun, yang telah memulakan harinya memandu seperti biasa sekitar 7 pagi semalam, namun mendapati keadaan lebih kurang sama.



Walaupun dengan kelonggaran SMM semalam, ia masih sunyi dan beliau tidak menerima lebih daripada dua penumpang dalam kenderaannya.



"Apabila mendapat tahu peraturan akan dilonggarkan, saya bersyukur kerana ia bermakna lebih ramai orang akan keluar dalam kumpulan yang lebih besar. Ini berita baik kerana ketika Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), saya menerima kurang tempahan.



"Pendapatan saya terjejas lebih 50 peratus dan dengan kereta yang lebih besar, duit minyak dan duit sewa juga lebih mahal. Mungkin ramai yang takut untuk keluar pada fasa itu," kata bapa dua anak itu yang sudah lima tahun bekerja sebagai pemandu Grab.



Meskipun Encik Israp mengalami cabaran sedemikian, beliau tetap berfikiran positif dan menasihati pemandu lain supaya sabar dan tabah.



"Hidup kita ni ada pasang surutnya. Sekarang, masa tidak begitu baik tetapi saya harap lebih ramai orang akan keluar dan keadaan akan bertambah baik," ujar datuk tujuh cucu itu.



Sementara itu, Encik Ryes Fendi Abdul Latif, 45 tahun, yang telah memandu sehari semalam berkata beliau mendapati tempahan kereta telah meningkat dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk tempahan seterusnya.



"Saya berasa lega apabila mendapat tahu kelonggaran SMM ini kerana tempahan kereta bulan lalu sangat rendah.



"Namun, saya perhatikan tempahan kereta meningkat kerana tidak perlu menunggu lama untuk tempahan seterusnya dan ini satu tanda yang baik.



"Kelihatannya seperti lebih ramai orang telah mula keluar justeru saya menerima lebih tempahan," jelas Encik Ryes, seorang pemandu wadah Ryde sejak 2015.



"Oleh kerana ini baru hari pertama Fasa Tiga, saya rasa masih terlalu awal untuk melihat perbezaan yang ketara.



"Dengan kereta yang lebih besar, saya harap lebih ramai orang akan keluar dan memanfaatkan keupayaan kenderaan saya untuk menampung hingga lima orang," ujar beliau.



Seorang lagi pemandu PHV, Encik Shahrin Selamat, 31 tahun, berharap tempahan akan bertambah pada hari-hari mendatang lebih-lebih lagi apabila orang ramai boleh menjamu selera di luar mulai 21 Jun nanti.



"Bagi kereta enam tempat duduk, kami biasanya memperolehi lebih pendapatan pada hujung minggu. Namun, pada tempoh ini dengan orang tidak dapat makan di luar serta tempat tarikan tidak beroperasi sepenuhnya, kami sudah biasa dengan tempahan yang sedikit untuk kumpulan lebih besar.



"Memandangkan penduduk boleh mula makan luar bermula minggu depan, saya pasti tempahan PHV juga akan bertambah baik.



"Terutama orang ramai boleh keluar hingga lima orang, kenderaan kami pasti dapat membantu," ujar Encik Shahrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >