Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu kereta sewa privet prihatin kenaikan komisen, GST jejas pendapatan

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



PEMANDU kereta sewa privet di sini menjangkakan permintaan bagi khidmat itu akan meningkat tahun depan, lebih-lebih lagi memandangkan kehidupan di Singapura sudah hampir kembali normal.



Namun, isu kenaikan komisen oleh beberapa pemain industri serta kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan mulai lusa menjadi keprihatinan bagi para pemandu, lantas menjejas kos yang perlu dibiayai seperti kos minyak dan sewa.



Pakar yang dihubungi Berita Harian (BH) menjangkakan akan adanya lebih cabaran dari segi kenaikan kos yang bakal dialami industri berkenaan pada masa mendatang, lebih-lebih lagi dengan pemain pasaran itu mengumumkan ia akan memberi fokus kepada kadar keuntungan.



Pakar ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira, berkata dengan menimbangkan keadaan pasaran semasa, serta permintaan tinggi bagi khidmat itu berbanding bekalannya yang terhad, beliau memang menjangkakan harga bagi khidmat kereta sewa privet meningkat.



"Ini kerana pemain pasaran ini kini sudah matang dan oleh itu tiada lagi dorongan bagi pemain mengalami kerugian demi memperluas kedudukan mereka dalam pasaran itu," jelasnya.



Model perniagaan dahulu adalah pengendali platform lebih rela mengalami kerugian untuk menguasai pasaran, katanya.



"Kini tiada lagi kemungkinan pemain baru memasuki pasaran dan berbuat demikian, lebih-lebih lagi dalam keadaan kewangan yang mencabar sekarang.



"Justeru saya menjangkakan memang akan ada kenaikan harga memandangkan permintaan sudah meningkat berbanding bekalan yang agak terhad bagi khidmat berkenaan," kata menerusi e-mel.



Dr Theseira menambah, langkah menaikkan harga juga membolehkan pengendali platform mendapatkan semula kos yang ia perlu tanggung, lebih-lebih lagi dengan adanya lebih banyak perlindungan bagi pemandu.



Baru-baru ini, syarikat Grab mengumumkan ia akan mengenakan kenaikan GST bulan depan kepada pemandunya, dengan menaikkan lagi komisen sebanyak 0.18 mata peratusan pada 1 Januari ini.



Syarikat itu buat masa ini mengenakan komisen 20 peratus terhadap pemandu yang menggunakan platformnya.



Pada 19 Disember lalu, satu mesej yang disebarkan kepada pemandunya menyatakan ia akan mengambil komisen 20.18 peratus apabila GST dinaikkan kepada 8 peratus daripada 7 peratus sekarang.



Pesaingnya, Gojek, juga telah memutuskan untuk menaikkan komisen, atau tambang khidmatnya, kepada 15 peratus pada Februari berbanding 10 peratus sekarang. Ia sebelum ini mengenakan komisen 20 peratus namun diseparuhkan bagi membantu pemandunya.



Gojek berkata ia akan terus serap GST sebagai sebahagian tambang khidmat yang ia bakal caj pada pemandu.



Bagi Tada pula, ia akan terus mengekalkan pendirian sifar komisen dan menyerap kenaikan GST 1 peratus buat sementara hingga Jun 2023 bagi tambang platform dan pembatalannya, sementara Ryde akan terus mengekalkan komisen 10 peratus dan 30 peratus tambang platform kepada penumpang.



Perubahan tersebut membuat pemandu seperti Encik Shafeeq Jamal, 37 tahun, prihatin terhadap keadaannya.



"Komisen lebih tinggi bermakna pendapatan lebih kurang. Ia juga bermakna kami perlu berada di jalan raya buat masa lebih lama," katanya.



Dr Theseira berkata perubahan harga kekal menjadi faktor yang mempengaruhi tindakan pemandu.



Ini meskipun dengan pengendali platform memperkenalkan insentif seperti mengurangkan komisen kepada sifar bagi pemandu Gojek yang setia pada platform itu selepas menimbangkan prestasi mereka.



"Selagi ada platform lain menawarkan kaedah pembayaran tambang berbeza atau mengadakan lebih banyak tambang atau mengenakan tambang bagi perjalanan lebih tinggi, pemandu hanya akan tertarik pada platform yang membolehkan mereka memaksimumkan pendapatan," tegasnya.



Pergerakan buruh telah melahirkan keprihatinan terhadap isu ini memandangkan pemandu tempat ke tempat (P2P) di sini akan dibebani kos kehidupan, operasi serta sewa dan inflasi lebih tinggi.



"Kenaikan GST pada 2023 ini akan menjejas pendapatan yang mereka bawa pulang ke rumah," kata Penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Cik Yeo Wan Ling, kepada BH.



Kenaikan komisen bermakna pemandu akan perlu bekerja buat tempoh lama untuk menanggung kos lebih tinggi itu sambil menggesa agar pengendali platform menyemak semula struktur komisen dan bertindak secara adil serta membuat struktur insentif lebih jelas kepada pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >