Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu ketiga dituduh pandu lawan arus trafik

Feb 01, 2017 | 08:07 AM



SEORANG lagi pemandu, yang ketiga tahun ini, diheret ke mahkamah kerana memandu melawan arus trafik.

Lam Chen Wee, 26 tahun, yang tindakan yang didakwa dilakukannya itu hampir menyebabkan kemalangan Khamis lalu, didakwa memandu secara berbahaya pada Selasa (31 Jan).

Pada kira-kira 3.15 pagi Khamis lepas, Lam didakwa memandu undur keretanya di jalan susur dari Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) selepas jalan keluar Expreswe Central (CTE).

Dokumen mahkamah berkata dia melakukan itu sepanjang jarak yang agak jauh, tetapi tidak menyebut mengapa dia melakukannya.

Lam didakwa memandu menaikai bebendul jalan yang memisahkan trafik antara dua ekspreswe tersebut.

Selepas itu, dia didakwa memandu undur ke jalan susur satu lorong dari CTE, menyebabkan pengguna jalan raya lain menekankan brek kecemasan mereka untuk mengelakkan kemalangan.

Dia kemudian didakwa terus memandu, membeluk kanan dan bergerak melawan aliran trafik di Jalan Toa Payoh sebelum memasuki PIE.

Lam, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah dia ingin mendapatkan khidmat seorang peguam. Dia akan kembali ke mahkamah pada 1 Mac.

Pada 12 Jan, pemandu Brandon Ng Hai Chong, 30 tahun, didakwa di mahkamah memandu secara berbahaya menentang aliran lalu lintas di Expreswe Ayer Rajah (AYE) pada kira-kira 1.40 pagi pada 5 Jan.

Dia kini bebas dengan ikat jamin $10,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 16 Feb.

Dalam kes paling serius, ahli perniagaan Lim Chai Heng, 53 tahun, didakwa membunuh tanpa niat pada 3 Jan.

Dia didakwa menyebabkan kematian Encik Liong Kuo Hua, 37 tahun, dengan memandu keretanya menentang aliran trafik di AYE pada 8 pagi pada 19 Dis, menyebabkan ia melanggar kereta Encik Liong.

Lim akan kembali ke mahkamah pada Khamis (2 Feb).

Jika didapati bersalah membunuh tanpa niat, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >