Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu lori dalam video tular didapati bersalah cederakan penunggang basikal

Dec 17, 2019 | 05:50 PM



PEMANDU lori yang terlibat dalam perbalahan dengan penunggang basikal di Pasir Ris dalam satu video yang tular tahun lalu didapati bersalah mengakibatkan kecederaan dengan perbuatan cuai.



Hakim Daerah Chay Yuen Fatt juga mendapati Teo Seng Tiong, 58 tahun, bersalah tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis dalam 24 jam.



Hakim berkata Teo telah "sengaja membelok dengan tiba-tiba" sehingga melanggar penunggang basikal, Encik Eric Cheung Hoyu, pada 22 Disember 2018.



Encik Cheung, 35 tahun, sebelum itu memberi keterangan bahawa Teo melemparkan kata-kata lucah kepadanya setelah kejadian itu.



Encik Cheung telah mengaku bersalah melakukan kerosakan dengan menepis cermin tepi lori Teo sehingga memecahkan sebahagian daripadanya dan menyebabkan halangan dengan menunggang basikalnya di lorong tengah dan bukannya sebelah kiri.



Dia didenda $ 2,800 pada April lalu, lapor The Straits Times.



Semasa perbicaraan, Teo berkata dia membelokkan lorinya ke kiri ke arah Encik Cheung kerana terdengar hon teksi.



Teo akan dijatuhkan hukuman pada 14 Januari 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >