Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu lori didenda kerana pandu tanpa lesen sah, insurans

Oct 14, 2019 | 03:00 PM



SEORANG pemandu lori yang terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan kematian tiga orang pejalan kaki berdekatan stesen MRT Yio Chu Kang mengaku bersalah awal hari ini (14 Oktober) atas sebab memandu kenderaan itu tanpa lesen Kelas 3 dan insurans.



 



Penduduk Tetap (PR)  Singapura itu, Xu Kai Xiang, 27 tahun, didenda $1,400 dan dilarang memandu selama setahun atas dua dakwaan itu.



Walaupun pada mulanya dia didakwa menyebabkan kematian pejalan kaki dengan memandu secara berbahaya pada 23 April tahun lepas, Xu dibebaskan bergantung kepada hasil dapatan koroner mengenai kematian itu.



Pada masa kejadian, Xu bekerja sebagai penyelia keselamatan untuk syarikat pembinaan bapanya, Chang Fu Pte Ltd, dan memandu lori syarikat untuk mengambil bungkusan



Sekitar jam 9.30 pagi, Xu memandu keseorangan di Ang Mo Kio Avenue 6 menuju ke Marymount Road apabila kenderaan itu melanggar tiga pejalan kaki, Encik Chua Cheng Thong, 86 tahun, anaknya Gina Chua Aye Wah, 58 tahun dan seorang rakan, Encik Yap Soon Huat, 63 tahun.



Kesemua tiga disahkan mati oleh paramedik di tempat kejadian.



Xu, yang tercedera akibat kemalangan, mempunyai lesen memandu Kelas 3A dan bukan Kelas 3 yang diperlukan untuk memandu lori itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >