Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu lori dihukum penjara empat minggu kerana cuba sogok polis trafik

Feb 21, 2020 | 03:04 PM



SEORANG pemandu lori yang didapati bersalah kerana cuba memberi rasuah untuk mengelak daripada dikenakan saman trafik telah dihukum penjara empat minggu pada Jumaat (21 Februari).



Teo Teck Yong, seorang warga Singapura berusia 62 tahun, telah diarah berhenti oleh pegawai polis trafik, Sarjan Shivasuria Maniam Kesaval, kerana tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa di jalan raya pada 18 Ogos tahun lalu.



Dia “secara berulang menawarkan” $100 kepada Sarjan Shivasuria untuk memujuknya agar tidak mengeluarkan saman trafik, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan semalam.



Pegawai itu menolak rasuah tersebut dan melaporkan perkara itu kepada CPIB, yang memulakan siasatan.



Teo didakwa di mahkamah pada 27 November tahun lalu di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Agensi itu memberi amaran kepada pemandu bahawa percubaan memberi rasuah untuk mengelakkan diri daripada didenda akan membawa kepada akibat yang serius.



Ia juga memuji pegawai polis itu atas kewibawaannya.



Mereka yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah boleh dihukum penjara hingga lima tahun, didenda hingga $100,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >