SEORANG lelaki dikejar oleh pegawai polis dan selanjutnya ditangkap atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan kesalahan trafik lain pada Rabu (19 Jun).
Pada 12.06 pagi, seorang pegawai polis trafik melihat kereta yang dipandu dengan bahaya di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Tuas, sebelum jalan susur keluar Eunos.
Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 38 tahun, enggan mematuhi arahan pegawai polis itu untuk memberhentikan kenderaannya.
Pegawai polis itu mengejar lelaki itu dan dalam adegan kejar-mengejar itu, kereta yang dipandu lelaki terlibat dalam kemalangan di Geylang Bahru, menghala ke Bendemeer Road.
Lelaki itu sedarkan diri semasa dibawa ke Hospital Besar Changi dan selanjutnya ditangkap.
Gambar yang diambil selepas kemalangan menunjukkan sekurang-kurangnya dua kereta ronda dan tiga motosikal di tempat kejadian.
Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News bahawa beliau melihat kereta yang dikejar kenderaan polis hilang kawalan dan terbabas ke laluan pejalan kaki, sebelum merempuh pokok.
Gambar kenderaan menunjukkan ia mengalami kerosakan besar di bahagian depan.
Polis sedang menyiasat.