Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu Maserati disiasat kerana terlibat dalam judi dalam talian dan memberi pinjaman haram

Nov 24, 2017 | 02:28 PM



SEORANG pemandu kereta Maserati, yang didakwa terlibat dalam kemalangan kes langgar lari dengan seorang pegawai polis minggu lalu, juga disiasat kerana kesalahan lain termasuk kegiatan berjudi dalam talian dan memberi pinjaman wang tanpa lesen, menurut mahkamah.

Lee Cheng Yan, 33 tahun, juga didakwa kerana memandu walaupun dia dilarang dari memandu.

Timbalan Pendakwa raya Encik Quek Jing Feng berkata Lee mungkin menghadapi tuduhan tambahan dan bermohon agar dia ditahan lagi seminggu bagi siasatan lanjut.

Menurut dokumen mahkamah, dia dipenjara selama dua bulan pada 29 November, 2001 dan dilarang memandu selama 10 tahun dari 2 Disember 2001 hingga 1 Disember 2011 kerana melakukan kesalahan yang sama.

Dalam kejadian 17 November lalu, Staf Sarjan Khairulanwar Abd Kahar, 26 tahun, mengarahkan Lee memberhentikan keretanya kerana mahu melakukan pemeriksaan penguatkuasaan di Bedok Reservoir Road.

Ketika beliau menghampirinya, Leedikatakan mengundurkan kereta dan kemudian memecut ke arah pegawai itu dan melanggarnya.

Pegawai polis trafik tahun itu bergayut pada pintu pemandu dan diheret sekitar 100 meter sebelum terjatuh di jalan raya.

Beliau mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Besar Changi untuk rawatan.

Selepas kemalangan tersebut, polis menangkap Lee di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Geylang Bahru Road. Polis berkata kereta Maserati itu ditemui ditinggalkan di Cedar Avenue di Upper Aljunied Road.

Lee dilarang dari memandu selama sembilan bulan dari 4 Julai tahun ini hingga 3 April depan apabila ditangkap.

Lee diwakili peguam Tania Chin dan Jeremy Pereira. Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan melakukan tindakan yang salah, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun dan didenda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >