Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu Maserati yang dilarang pandu seumur hidup hadapi 10 tuduhan kesalahan trafik baru

Mar 19, 2021 | 07:34 PM



PEMANDU Maserati yang dilarang memandu seumur hidup tahun lalu kerana mengheret seorang pegawai polis sejauh lebih 100 meter, menghadapi 10 tuduhan baru di atas kesalahan lalu lintas yang dilakukannya tahun ini.



Kesalahan itu berkaitan empat kejadian berasingan antara 13 Februari dengan 12 Mac.


Dalam kejadian terakhir, Lee Cheng Yan didakwa memandu melepasi sekatan jalan raya polis, memandu dengan bahaya pada kelajuan 140 kilometer sejam (kmj) dan melanggar dua lampu merah.


Lee, 37 tahun, yang dikatakan memandu kereta BMW dalam kejadian itu, didakwa dengan kesalahan baru itu pada Selasa (16 Mac). Dia kini ditahan reman.


Lee berada di Mahkamah Tinggi pada Jumaat untuk merayu terhadap tuduhan dan hukumannya bagi kesalahan termasuk menyebabkan kecederaan ke atas seorang anggota polis pada 17 Nov 2017.


Dia telah dihukum penjara empat tahun tujuh bulan dan tidak dibenarkan memandu seumur hidup mulai 28 Julai lalu.


Perbicaraan rayuan itu ditangguhkan setelah dia berkata dia mahu melepaskan peguamnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >