Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu MRT terlibat dalam nahas landasan maut dibuang kerja

Sep 14, 2016 | 09:10 AM



OPERATOR pengangkutan SMRT Corp telah memecat pemandu kereta api yang terlibat dalam kemalangan landasan maut yang mengorbankan dua rakan sekerjanya pada Mac.



Difahamkan bahawa Encik Rahmat Mohd, 49 tahun, dibuang kerja pada Selasa (13 Sep) selepas siasatan tatatertib dalaman.



Encik Rahmat, yang ditugaskan semula ke pekerjaan bukan memandu selepas kemalangan tersebut, berkata beliau berasa "sedih" mengenai keputusan SMRT itu. "Saya tidak mempunyai rancangan pada masa ini," katanya, lapor akhbar The Straits Times.



Sumber berkata seorang kakitangan kawalan operasi juga berhenti disebabkan kejadian itu.



Menurut akhbar tersebut, jurucakap SMRT, Encik Patrick Nathan, berkata syarikat itu tidak mengulas mengenai tindakan disiplin kakitangan.



Dua pekerja penyenggaraan SMRT terbunuh ketika mereka berada di landasan Laluan Timur-Barat pada pagi 22 Mac.



Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun, dilanggar kereta api dari arah depan sedang mereka menjalani latihan dalam tugas.



Mereka sebahagian daripada sekumpulan 15 kakitangan yang dihantar untuk menyiasat satu kerosakan yang mungkin berlaku pada peralatan landasan.



SMRT berkata pada April - selepas siasatan dalaman ke dalam tragedi itu - kegagalan mematuhi langkah keselamatan membawa kepada kemalangan tersebut.



Kesilapan itu termasuk membenarkan kereta api berulang alik dalam mod automatik sedang pekerja berada di landasan, tidak menggerahkan penjaga untuk memantau kereta api yang menghampiri, dan gagal memberi amaran awal kepada pasukan kerja.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga menggesa SMRT mengetatkan prosedur keselamatannya seminggu selepas kejadian itu.



Satu siasatan koroner ke dalam kemalangan itu dijangka diadakan awal tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >