Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Pemandu pembancuh simen dipenjara dua minggu, dilarang memandu selama lima tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemandu pembancuh simen dipenjara dua minggu, dilarang memandu selama lima tahun

Jan 27, 2014 | 06:50 PM

PEMANDU trak pembancuh simen, yang telah memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian dua beradik di Tampines setahun lalu, telah dikenakan hukuman penjara dua minggu hari ini.

Munir Mohd Naim, 57 tahun, juga dilarang memandu semua kenderaan selama lima tahun.

Dia yang kini melakukan pekerjaan sebagai buruh mengaku bersalah menyebabkan kematian dua beradik itu, Nigel Yap Yew Cheong, 13 tahun dan adiknya, Donavan, 7 tahun.

Dua mangsa itu sedang berbasikal, dengan Donovan sebagai pembonceng, apabila nahas tersebut berlaku di Tampines Street 45, sekitar 5.43 petang, 28 Januari tahun lalu.

Munir didapati tidak mengambil langkah-langkah keselamatan dan gagal memerhatikan keadaan lalulintas semasa melakukan selekoh kiri dari Tampines Avenue 9 ke Tampines Street 45 sebelum melanggar dua beradik itu di simpang trafik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3