Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu sambilan GrabHitch dihukum penjara kerana berulang kali mencabul kehormatan penumpang

Oct 26, 2018 | 07:56 PM



SEORANG pemandu sambilan GrabHitch berulang kali mencabul kehormatan seorang penumpang ketika beliau duduk di sebelahnya dan mengusap paha kanannya apabila beliau cuba membayar tambangnya.



Warga India Kaliaperumal Panneer Selvam, 47 tahun, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, dipenjara tiga minggu hari ini (26 Oktober) selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan mencabul kehormatan.



Tiga lagi tuduhan mencabul kehormatan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa penduduk tetap Singapura tersebut mengambil pelajar berusia 17 tahun itu di Bukit Batok Street 33 sekitar 12.30 tengah hari pada 15 Januari lalu. 



Beliau memberitahu pemandu itu agar menghantarnya ke Selegie Road.



Semasa beliau mahu memasuki Hyundai Avante itu, Kaliaperumal memberitahu yang beliau boleh duduk di kerusi penumpang depan kerana dia menjangkakan dua lagi penumpang.



Pelajar itu mematuhi dan pemandu tersebut memandu ke Bukit Batok West untuk mengambil dua lagi penumpang itu.



Semasa menunggu, pemandu itu memulakan perbualan kecil dengan remaja tersebut sebelum menyentuh tangan kanannya.



Pelajar itu segera menarik tangannya, dan Kaliaperumal membatalkan tempahan dua penumpang itu apabila mereka gagal muncul.



Dia mencabul pelajar itu dua kali lagi ketika memandu ke Selegie Road.



Apabila mereka sampai di Bencoolen Street sekitar 12.45 petang, remaja itu mengeluarkan wang untuk membayarnya.



Mahkamah diberitahu yang pemandu itu enggan menerima wang tersebut dan mengusap paha kanan pelajar itu.



Apabila gadis itu meletakkan wang tunai di bahagian tengah kenderaan, Kaliaperumal mengambilnya dan memasukkannya ke dalam begnya.



Beliau turun di Sunshine Plaza dan memberitahu teman lelakinya yang berusia 18 tahun tentang pengalamannya itu apabila mereka bertemu pada hari itu.



Lelaki itu kemudian memaklumkan kepada polis sekitar 1.30 petang.



Kerana mencabul kehormatan gadis itu, Kaliaperumal boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >