Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu SBS didenda $1,500 kerana pandu dengan cuai

Oct 09, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pemandu bas SBS telah didenda $1,500 dan dilarang memandu selama dua bulan bagi kesalahan memandu dengan cuai hingga mencederakan penumpang.

Pemandu itu gagal memelihara jarak selamat antara bas yang dipandunya dan sebuah kereta hingga dia terpaksa menekan brek dengan serta-merta untuk mengelak perlanggaran.

Tindakannya itu mengakibatkan seorang penumpang berusia 60 tahun terjatuh dan mengalami beberapa keretakan dan kecederaan kepada tulang belakangnya, serta kemungkinan menghadapi tekanan pascatrauma.

Ong Chuan Hai, 64 tahun, kelmarin didenda $1,500 setelah dia mengaku bersalah mengakibatkan kecederaan melalui tindakan cuai, lapor The Straits Times.

Warga Singapura itu juga dilarang memandu semua kelas kenderaan selama dua bulan.

Pemandu kereta yang terbabit, Tang Toh Pheow, 65 tahun, juga dituduh menyebabkan kecederaan pada penumpang, Cik Indrani Govindasamy, bagi kesalahan memandu secara cuai. Kesnya belum selesai.

Dalam kejadian pada 30 Mei 2019, bas yang dipandu Ong sedang bergerak di sepanjang Tampines Avenue 7 di sekitar Blok 370 sekitar jam 5.30 petang.

Tang, yang memandu betul-betul di hadapan bas, menyalakan lampu isyarat, atau hazard light, keretanya, untuk menunjukkan niat mahu berhenti.

Mahkamah mendengar bahawa dia mahu menurunkan rakan sekerjanya berhampiran perhentian bas.

Dalam masa tujuh saat setelah memberi isyarat, keretanya berhenti berhampiran kawasan bas berhenti.

Ong menekan brek bas itu untuk mengelakkan perlanggaran, menyebabkan Cik Indrani, yang berdiri di zon kerusi roda bas, kehilangan imbangan dan jatuh ke lantai.

Semasa kemalangan, keadaan cuaca baik, manakala lalu lintas trafik sesak, menurut dokumen mahkamah.

Cik Indrani dibawa ke Hospital Besar Changi, dan berada di hospital itu dari 30 Mei hingga 11 Jun.

"Disebabkan gagal menjaga jarak yang selamat dari kereta, yang berada di depannya, tertuduh telah gagal untuk bertindak sewajarnya dengan berhati-hati," kata Timbalan Pendakwa Raya Selene Yap di mahkamah kelmarin.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dengan memandu secara cuai, pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan denda hingga $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >