SEMPENA perayaan Tahun Baru Cina, Persatuan Teksi Nasional (NTA) berganding bahu dengan Pusat Bizlink menghadiahkan pekerja Bizlink dengan beg habuan bernilai $500 dan membantu menghiaskan rumah mereka.
Seramai 52 keluarga pekerja Bizlink, pertubuhan yang tidak meraih untung dan mengambil pekerja yang kurang bernasib baik atau kurang upaya, dikunjungi pemandu teksi NTA.